web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ming Kai Digugurkan, Sah Tidak Bertanding PRU-15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2022 12:05PM

Chan Ming Kai - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penyandang Ahli Parlimen Alor Star, Chan Ming Kai mengesahkan tidak akan mempertahankan kerusi terbabit dan menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, pimpinan tertinggi PKR telah memutuskan bahawa dirinya tidak akan dicalonkan untuk mana-mana kerusi, sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Parti tetap mahu mencalonkan pemimpin lain walaupun saya mencadangkan kepada kepimpinan parti agar meletakkan saya di kawasan yang belum pernah Pakatan Harapan (PH) atau pembangkang menang.

“Saya sentiasa menyahut seruan pimpinan supaya menerokai kerusi luar bandar, saya telah bercadang memberi laluan kerusi sedia ada kepada orang baharu dan mencabar kerusi yang masih belum menang atau dikhianati seperti Bagan Datuk, Pagoh, Gombak atau Ampang,” katanya hari ini.

Ming Kai berkata, PKR bagaimanapun mencadangkan pengganti di kerusi Alor Star dan beliau menghormati serta menerima keputusan terbabit.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan sepanjang berkhidmat dan membantu menjaga kebajikan rakyat.

“Terima kasih kepada rakan sekalian, saya telah dimaklumkan bahawa saya tidak lagi dicalonkan oleh parti untuk mana-mana kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

“Terima kasih juga kepada semua rakyat dan anggota yang memberi sokongan sepanjang 20 tahun perkhidmatan saya dari Perak ke Perlis sehingga Kedah. Reformasi,” katanya.

Ming Kai pada PRU-14 berjaya menewaskan calon PAS, Aminur Shafiq serta calon BN, Yoo Wei How dengan memperoleh undi majoriti sebanyak 15,200.

Sebelum ini, Ming Kai, 42, pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan selepas PRU-13 dan ADUN Simpang Pulai selepas PRU-12. - Getaran, 23 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 15 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran