web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Liberal International: PKR Timbang Tindakan Undang-Undang Terhadap Pihak Berniat Jahat

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 7:43PM

Fahmi Fadzil - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PKR akan meneliti tindakan undang-undang terhadap pihak yang berniat jahat mengaitkan parti itu dengan Liberal International.

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata parti itu tidak pernah menjadi ahli Liberal International dan pertubuhan berkenaan, yang berpangkalan di London, telah mengeluarkan nama serta logo PKR daripada laman sesawangnya.

“Semalam saya dah umumkan bahawa PKR bukan ahli dalam Liberal International dan saya telah berhubung dengan pihak Liberal International.

“Jadi, saya akan minta kawan-kawan terutama peguam untuk mengambil kira tohmahan dan fitnah jahat yang dibuat oleh beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengaitkan PKR dengan Liberal International dengan niat yang jahat... kita akan teliti sekiranya ada keperluan kita akan ambil tindakan perundangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pemerkasaan OKU Celik Digital di sini hari ini.

Semakan terkini di laman sesawang organisasi itu mendapati nama dan logo PKR yang sebelum ini tersenarai bersama beberapa parti atau pertubuhan lain bagi negara-negara Asia sudah tiada.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata berdasarkan maklum balas daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, terdapat lebih 200 konten berkait Liberal International yang cuba menyerang PKR serta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi memang ada tingkah laku yang terselaras dan ini adalah serangan politik... penting untuk saya jelaskan secara fakta bahawa PKR bukan ahli Liberal International. Jadi hentikanlah tohamahan dan fitnah yang cuba dilempar,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan berpendirian bahawa pengendali rangkaian mudah alih tidak mengenakan caj tambahan kepada pelanggan bagi perkhidmatan 5G.

Pendirian kerajaan adalah jangan kenakan caj tambahan. Kalau perlu saya akan arahkan (pengendali rangkaian mudah alih),” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK KKB: Fahmi Sangkal Dakwaan PKR Tak Bantu Kempen Calon Kerajaan Perpaduan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 2 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad