web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Enggan Bubar DUN Jika PRU-15 Tahun Ini: PH Tak Sedia, Pengecut

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2022 7:00AM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan di tiga negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH), iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan dalam masa terdekat, menunjukkan ketidaksediaan pembangkang berdepan pemilihan itu dan menghadapi Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman kekalahan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor dan Sarawak, menunjukkan pembangkang tidak lagi diterima pengundi mereka.

Katanya, semakin ramai pengundi PH dahulu yang berasa terperdaya dan kecewa mengundi parti itu pada PRU-13, kini kurang mahu memilihnya, termasuk mantan sekutu mereka, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Protes ini dijangka berlaku dalam dua cara. Pertama tidak lagi mengundi sebaliknya mengundi BN. Kedua, kelompok penyokong PH dan BERSATU memprotes tidak mahu turun mengundi. Ini jelas dalam PRN Melaka, Sarawak serta Johor.

“Ketiga, ada pula kata akan membuat undi rosak bagi memprotes PH. Inilah kebimbangan utama PH dan musuh BN. Maka, bagi mengelak kekalahan ini, mereka terus cuba elak daripada berdepan PRU-15 yang tidak memihak kepada kemenangan mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.

Ahmad Zahid berkata, atas ketakutan itu, pembangkang sanggup mengarah kerajaan negeri di bawah pimpinannya agar tidak membubarkan DUN, sedangkan mereka juga bising apabila membuat pilihan berasingan sebelum ini.

Jelasnya, pembangkang asyik menyatakan kos pilihan raya sangat besar, sedangkan tindakan mereka tidak mahu membubarkan DUN adalah pembaziran kos dan meningkatkan perbelanjaan kerajaan.

Pada kali ini pula, katanya, pembangkang gunakan isu musim tengkujuh untuk alasan mengelak PRU-15 diadakan.

“Alasan ini basi dan menyerlahkan lagi ketidakberanian pembangkang berdepan BN. Alasan pembangkang ini seolah-olah pembangkang tidak yakin dan memperkecilkan pengalaman serta profesionalisme institusi awam, termasuk agensi kesihatan, keselamatan dan agensi bencana.

“Alasan ini juga seolah-olah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak ada pengalaman dalam menguruskan proses pilihan raya dilaksanakan sebelum ini. Sedangkan SPR dan agensi pengurusan bencana misalnya adalah agensi profesional yang mempunyai prestasi serta sejarah pengurusan pilihan raya sangat efisien, tanpa mengira musim dan bulan,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, kesemua alasan pembangkang adalah untuk menutupi kehilangan sokongan rakyat yang sedang berlaku.

“Sebenarnya PH dan pembangkang dihantui janji-janji pilihan raya yang tinggal janji kosong.

“Pengundi kini tidak lagi terpesona dengan cakap dan janji Pakatan Harapan apabila pemimpin mereka berkempen sekarang ini. Tidak lagi seperti PRU 2018. Inilah ketakutan PH dan musuh BN masa kini!” katanya.

Terdahulu media melaporkan, DUN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan dibubarkan tahun depan, iaitu pada satu tarikh yang akan diumum kelak, menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH menerusi kenyataan semalam memaklumkan, keputusan itu diperoleh menerusi satu perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berhubung isu tarikh pembubaran DUN di negeri berkenaan.

Anwar pada sidang media di bangunan Parlimen di sini semalam berkata, pendirian pemimpin di ketiga-tiga negeri itu adalah menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa berdepan bencana itu.

Justeru, katanya, ia (negeri berkenaan) tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir yang dijangka Februari atau Mac, malah ada ruang atau wewenang untuk menetapkan (tarikh) selepas itu.

“Pokoknya (negeri berkenaan) tidak akan bersama dengan kerajaan Persekutuan seandainya pilihan raya diadakan semasa banjir kerana pada anggapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Menteri Besar Negeri Sembilan, mereka tidak harus tambah derita serta penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir,” katanya. – Getaran, 6 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran