web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cukup-cukuplah Parti Politik Saling Menyerang Demi Undi, Utamakan Kebajikan Rakyat

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2022 7:00AM

Perdebatan mengenai dasar rakyat dan hala tuju negara masih kurang didengari dan perkara ini harus diubah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Strategi menyerang antara parti politik untuk melemahkan pihak lawan, bukan satu-satunya cara bagi meraih sokongan pengundi pada pilihan raya.

Sebaliknya, penganalisis politik dan geostrategis, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, pelbagai pendekatan boleh dipraktikkan seperti sumbangan idea, dasar serta wang ringgit.

Katanya, kaedah sedemikian mampu menarik sokongan pengundi untuk memilih parti yang dapat membantu mereka, khususnya dalam situasi sukar dialami rakyat ketika ini.

“Itulah senario politik kita, iaitu menyerang antara satu sama lain demi melemahkan lawan masing-masing. Mereka lupa bahawa yang mengundi adalah rakyat yang sedang menghadapi cabaran hidup.

“Kalau mereka (ahli politik) mahu meraih undi dengan menyerang parti politik, itu memanglah strategi berkempen atau berpolitik.

“Tetapi jangan lupa, dalam membantu pengundi sekarang, sama ada dari segi wang ringgit, idea atau dasar juga mampu meraih simpati mereka dalam hal ini,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan pemimpin parti politik yang sering bertelingkah dan menyalahkan antara satu sama lain, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

‘Percakaran’ itu semakin ketara apabila rakyat yang berdepan kesusahan pasca pandemik COVID-19 dan mendambakan kebajikan mereka dibela, seolah-olah tidak begitu dipedulikan kerana parti sibuk berbicara mengenai politik masing-masing.

Kesusahan itu termasuk akibat kenaikan harga barang, kejatuhan ringgit dan peningkatan kos sara hidup yang membebankan hari demi hari.

Azmi berkata, cara berpolitik seumpama itu perlu diubah memandangkan senario pengundi ketika ini sudah berbeza.

“Sekarang senario sudah berubah terutama dalam keadaan negara berdepan inflasi tinggi, (menyaksikan) pengundi memerlukan bantuan yang pasti akan dihargai mereka.

“Pada PRU-15, sudah pasti pengundi akan memilih parti yang paling banyak membantu,” katanya. 

Dalam pada itu, Koordinator Penyelidik Research for Social Advancement (REFSA), Fakhrurrazi Rashid berkata, parti politik seharusnya menumpukan penambahbaikkan dasar ekonomi rakyat menjelang pembentangan Bajet 2023. 

Beliau berkata, sebagai contoh, usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membincangkan isu kenaikan harga barang di Parlimen, harus dibahaskan secara meluas.

Menurutnya, kini adalah masa sesuai bagi mempromosi dan menekankan soal dasar parti politik untuk rakyat, bukan sekadar membangkitkan permusuhan serta menegakkan benang yang basah, ketika Malaysia belum pulih daripada krisis pandemik dan ekonomi.

“Rakyat sudah pasti kecewa dengan politik ‘game blaming’ ditunjukkan parti politik. Malangnya, perdebatan mengenai dasar rakyat dan hala tuju negara masih kurang didengari. Perkara ini harus diubah.

“Perkara ini lebih buruk apabila parti pemerintah Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) saling bertelagah, sehingga cuai menguruskan ekonomi rakyat, menangani peningkatan harga barang serta nilai ringgit yang kian menyusut,” katanya. - Getaran, 28 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 47 minit yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

2

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

3

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

4

Politik 2 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad