web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU15: PAS Mahu Berunding Dengan UMNO, Elak Pertembungan 3 Penjuru Di 27 Kerusi

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2022 3:49PM

Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengadakan sidang media selepas merasmikan Persidangan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-62 di Dewan Al-Hana hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIK - PAS berharap masih ada ruang berunding dengan UMNO melalui platform Muafakat Nasional (MN) untuk memastikan tiada pertembungan di 27 kerusi ‘kritikal’ Parlimen antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), yang akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perbincangan antara dua pihak iaitu PAS sebagai parti komponen PN dan UMNO yang menjadi tunjang BN perlu diadakan untuk mengelak pertembungan tiga penjuru terutama di kerusi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.

“Jadi tentulah (perebutan) kerusi-kerusi ini perlu dibincang, ada puluhan lagi kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri) yang boleh kita bincang. Contohnya seperti (Parlimen) Raub dan Bentong, kerusi ini dimenangi PH sedangkan majoriti pengundi Melayu, tapi bila dua-dua bertembung, akhirnya dua-dua (BN dan PN) rugi.

“Jika tidak boleh berpakat semua, jangan bertembung semua, itu kaedah kita buat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat sempena Muktamar PAS ke-68 di sini hari ini.

Menjawab soalan sama ada MN masih wujud atau sudah terbubar, Tuan Ibrahim berkata setakat ini, sama ada UMNO atau PAS tidak pernah bercadang agar MN dibubarkan.

Katanya muafakat itu perlu kekal demi menjadi wadah agenda kepentingan Melayu dan Islam dan bukan sekadar untuk perbincangan politik sewaktu pilihan raya.

Namun, Tuan Ibrahim berkata jika UMNO dan BN mahu bergerak solo pada PRU15, PN bersedia untuk menghadapi pertembungan tiga penjuru.

“PN bersedia dalam semua keadaan. Kalau UMNO buat keputusan bergerak solo kita terpaksa lawan dan kita bersedia untuk lawan. PN akan lawan tiga penjuru, tapi tiga penjuru (nanti) BN rugi, PN pun rugi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air dalam ucapannya mengumumkan sambutan Hari Air Peringkat Kebangsaan 2022 akan diadakan di Kedah iaitu di sekitar Sungai Muda.

Sambutan yang diadakan pada 25 Sept itu sebagai mengambil kira kepentingan peranan Sungai Muda membekalkan air di tiga negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang dan Perlis.

“JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) sedang mengenal pasti lokasi sesuai untuk sambutan itu diadakan (di sepanjang Sungai Muda), kita akan umumkan nanti,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

24 Nyawa Melayang 5 Bulan Pertama, Kemalangan Akibat Pemandu Mabuk, Positif Dadah 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar