web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puad Cabar Rafizi Bongkar Kes Terowong LGE, ‘Mungkin Ghaib Disorok Bunian’

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Sep 2022 4:35PM

Mohd Puad Zarkashi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dicabar membongkar kes penyelewengan projek terowong membabitkan mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, bagaimanapun beliau yakin Rafizi tidak akan melakukannya kerana Guan Eng adalah kroni mereka dalam Pakatan Harapan (PH).

“Walaupun Guan Eng sudah didakwa, tetapi rakyat ingin tahu macam mana terowong itu ghaib.

“Projek kapal tempur pesisir (LCS) lewat kamu bising. Terowong ghaib kamu senyap,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad seolah-olah mempertahankan kelewatan penghantaran kapal tersebut disebabkan pembekuan projek oleh kerajaan PH sebelum ini.

“Penghantaran kapal pertama lewat dari tarikh asal pada April 2019. Kelewatan itu tambah parah kerana dibekukan kerajaan PH. Tetapi LCS tidak ghaib macam terowong.

“Mungkin terowong Guan Eng ghaib kerana disorok orang bunian laut. ‘Trak Rafizi’ sampai tak jumpa untuk melaluinya,” katanya sinis.

Beliau turut menyifatkan Rafizi dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sebagai hipokrit dalam isu tersebut.

Terdahulu, polis akan memanggil Rafizi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan, susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaan beliau mengenai projek LCS membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis menerima laporan dibuat pegawai khas menteri berkenaan pada jam 9.28 malam kelmarin.

“Semasa pegawai khas terbabit berada di Residensi Harmoni 2 Segambut, pada jam 12 tengah hari 22 Ogos lalu, beliau terbaca satu kenyataan dimuat naik melalui Blog rafiziramli.com berkenaan dakwaan terhadap Abdul Latiff yang dipercayai bertujuan merosakkan nama baik menteri.

“Pengadu menafikan dakwaan bahawa menteri mempunyai isteri kedua yang mendapat kontrak pertahanan bernilai puluhan juta ringgit bagi kapal LCS semasa beliau menjadi Timbalan Menteri,” katanya.

Rafizi dalam beberapa siri pendedahan sebelum ini mendakwa, Abdul Latiff dan ahli keluarganya mendapat keuntungan daripada projek LCS bernilai RM6 bilion dan kontrak pertahanan lain semasa beliau menjadi timbalan menteri pertahanan.

Rafizi juga menegaskan bahawa Abdul Latiff mempunyai seorang isteri bernama Zainab Mohd Salleh, yang didakwa terlibat dalam penyelewengan dana daripada projek kapal tersebut. - Getaran, 1 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad