web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mohammadin Umum Sertai Parti Bangsa Malaysia

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2022 2:21PM

Mohammadin Ketapi - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Lahad Datu Datuk Mohammadin Ketapi juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Mohammadin yang sebelum ini keluar Parti Warisan (Warisan) dan Bersatu berkata beliau menyertai PBM setelah menilai perlembagaan parti yang menjadi teras penubuhan iaitu memperjuangkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Dalam situasi politik tanah air yang tidak pernah berlaku sebelum ini, saya berpendapat bahawa penyatuan kuasa-kuasa rakyat dari kedua-dua wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak adalah penyelesaian untuk masalah kestabilan politik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Presiden PBM Larry Sng yang juga Ahli Parlimen Julau dan Presiden Penaja Parti Kuasa Rakyat Kamarazaman Yaakob.

Mohammadin berkata PBM yang diasaskan di Sarawak jelas menampilkan barisan pemimpin yang mempunyai rekod khidmat baik kepada rakyat dan tidak terlibat dengan mana-mana skandal penyalahgunaan kuasa.

Pada 29 Okt 2021, Mohammadin mengumumkan keluar Warisan untuk menjadi Ahli Parlimen dan ADUN Bebas, sebelum menyertai Bersatu pada 26 Nov 2021 namun bertindak keluar parti itu pada 28 Jun lepas.

Sementara itu, Kamarazaman mengumumkan Parti Kuasa Rakyat akan menjalankan kerjasama strategik dengan PBM selain sebulat suara bersama-sama menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atau kerajaan hari ini," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad