web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RUU Pendanaan Parti Politik: ‘Kesudian’ Kerajaan Bentang Akta Mampu Pulihkan Malaysia

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 6:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penerimaan baik kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri untuk membentang Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Parti Politik, disambut baik DAP kerana dianggap sebagai langkah penting bagi memulihkan negara.

Menurut Biro Dasar Politik DAP, pembentangan RUU itu yang disifatkan sebagai reformasi, mampu mewujudkan pentadbiran era baharu, pasca kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Biarpun mantan Perdana Menteri (Najib) sudah dipenjara berikutan kesalahan menyeleweng dana milik SRC International berjumlah RM42 juta, tanpa reformasi institusi yang cukup bermakna bagi mengawal selia proses pembiayaan parti politik, ‘mimpi ngeri’ rakyat Malaysia mungkin bakal berulang.

“Disebabkan itu, kami menyambut baik penerimaan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri untuk membentangkan RUU Pendanaan Parti Politik,” menurut kenyataan bersama berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Biro Dasar Politik DAP yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin; Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto; ADUN Pasir Pinji, Howard Lee; ADUN Mengkibol, Chew Chong Sin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong.

Selain itu, kenyataan sama merakamkan penghargaan kepada Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) atas kegigihannya memperjuang reformasi pendanaan politik demi ‘membersihkan’ Malaysia daripada politik wang yang merosakkan negara.

Katanya, RUU itu adalah perundangan penting yang bakal mencorak landskap politik masa depan negara.

Mereka turut menyifatkan RUU berkenaan boleh diperhalusi lagi, sebelum dibentang di Parlimen.

Pada masa sama, mereka ingin mengemukakan beberapa cadangan supaya ia boleh disertakan dalam RUU itu nanti.

“Antaranya ialah penubuhan satu Suruhanjaya Pendanaan Politik yang bebas daripada eksekutif untuk menguatkuasa peruntukan akta secara adil dan saksama, selain usaha penggubalan RUU ini harus berdasarkan ‘pembaharuan institusi’ menyeluruh serta selaras dengan amalan terbaik antarabangsa,” katanya.

Tambah kenyataan itu, satu mekanisme peruntukan dana awam bagi parti politik harus diadakan supaya skandal politik mega, seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Kapal Tempur Pesisir (LCS) dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) dapat dielakkan.

Jelasnya, kerajaan juga perlu membentuk Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Pendanaan Politik bagi memperhalusi butir teknikal RUU tersebut, sebelum ia dibentang.

“RUU ini adalah perundangan penting yang bakal mencorak landskap politik negara.

“Sepertimana RUU Anti Lompat Parti sudah diberi penelitian rapi menerusi konsultasi rentas parti, RUU Pendanaan Parti Politik ini perlu menjalani proses libat urus menyeluruh yang serupa.

“Kami percaya semua pihak yang mahu melihat Malaysia bebas daripada belenggu rasuah, ingin RUU ini diluluskan.

“Tiada siapa mahu usaha murni ini terbantut hanya kerana pihak kerajaan enggan menjalankan libat urus secara menyeluruh, tetapi hanya membuat konsultasi sekadar ‘cukup syarat’,” tegas kenyataan itu. - Getaran, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DAP Ketandusan Pemimpin India

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengganti Chow Kon Yeow Di Pulau Pinang Jadi Tanda Tanya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Lihat Sendiri Jumlah Permohonan Yang Diterima, Bukan Semua Orang Cina!’ - Syahredzan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 4 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka  Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad