web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DAP Pinda Perlembagaan Parti, Singkir MP Gagal Patuhi Peraturan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Aug 2022 1:10PM

Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - DAP merancang meminda perlembagaan parti bagi membolehkan mana-mana ahli parlimen yang gagal mematuhi peraturan disingkirkan.

Setiausaha Agung parti, Anthony Loke berkata, perincian berhubung peraturan dimaksudkan bagaimanapun masih belum diputuskan.

Menurut beliau, ia selari dengan pindaan yang mahu mengekang gejala melompat parti.

Tambah Anthony, DAP akan mengadakan satu kongres khas pada 25 September untuk mencadangkan semua pindaan berkenaan.

Peruntukan yang dicadangkan itu katanya, mengkehendaki mana-mana ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang menentang keputusan parti dalam perkara tertentu, dilucutkan keahlian mereka.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat oleh Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Isnin susulan kelulusan rang undang-undang anti lompat bersejarah di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Anthony menjelaskan, jawatankuasa pindaan perlembagaan parti yang diketuai oleh Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen telah ditugaskan untuk mengkaji perkara berkenaan secara menyeluruh dan mendraf serta membentangkan pindaan dicadangkan kepada CEC dalam tempoh satu bulan.

"Pindaan yang dicadangkan tersebut akan dibentangkan pada kongres khas akan datang untuk dibahaskan dan seterusnya bagi diluluskan oleh perwakilan yang hadir pada kongres terbabit," katanya.

Beliau memaklumkan, kelulusan pindaan rang undang-undang anti lompat itu tidak mencukupi untuk membendung ahli-ahli parlimen dan ADUN daripada melompat justeru, kelemahan terbabit mesti ditangani.

"Apa yang membimbangkan adalah jika seorang ahli parlimen mempunyai niat untuk melompat parti atau berpaling tadah kepada parti lain, mereka tidak akan meninggalkan parti tetapi melakukan perkara-perkara tertentu yang akan mengakibatkan mereka dipecat.

"Dengan berbuat demikian, mereka tidak perlu mengosongkan kerusinya dan tidak akan ada pilihan raya kecil," katanya.

Sambil menyatakan keyakinan penuh terhadap semua ahli parlimen DAP, beliau memberitahu, cadangan pindaan perlembagaan parti berkenaan diambil sebagai langkah berjaga-jaga memandangkan terdapat kes ADUN yang berpaling tadah daripada parti sebelum ini .

Walau bagaimanapun, beliau menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa DAP telah memilih langkah drakonian dengan menegaskan bahawa peruntukan baharu yang dicadangkan untuk melucutkan keahlian ahli parlimen dan ADUN terbabit hanya akan berkuat kuasa dalam keadaan tertentu.

"Sebagai contoh, dalam isu dasar penting seperti pelantikan perdana menteri, pengundian belanjawan, undi percaya atau pengundian utama lain di Parlimen.

“Ini tidak bermakna mereka tidak boleh mengkritik saya atau mempunyai pendapat berbeza daripada saya. Mereka boleh mengkritik saya semahu-mahunya, tetapi apabila sampai kepada keputusan parti, mereka mesti mengikut.” – The Vibes, 3 Ogos 2022

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad