web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


ROS Lulus Permohonan UMNO Pinda Perlembagaan Parti - Ahmad Maslan

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 8:27PM

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan permohonan UMNO untuk melakukan pindaan Perlembagaan parti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) telah meluluskan permohonan UMNO untuk melakukan pindaan Perlembagaan parti itu bagi menangguhkan pemilihan sehingga selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, perkembangan terbaharu itu dimaklumkan ROS menerusi sepucuk surat kepadanya, petang tadi.

“Sukacita dimaklumkan bahawa ROS telah meluluskan dengan sedikit pindaan kepada permohonan berkaitan Perlembagaan UMNO. Kelulusan ROS itu berkuatkuasa hari ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan - Gambar Fail
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan - Gambar Fail

Beliau berkata, ROS juga meminta agar satu pemilihan perlu diadakan dalam satu penggal Pilihan Raya Umum Parlimen (Dewan Rakyat).

Katanya, ini bermakna pemilihan UMNO di semua peringkat untuk penggal ini hanya akan dibuat tidak lewat daripada enam bulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan.

“Bagi pihak UMNO, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada ROS dan semua pihak yang terlibat dalam meluluskan pindaan Perlembagaan UMNO,” katanya.

Terdahulu, UMNO meluluskan pindaan perlembagaan parti yang membolehkan pemilihan parti diadakan tidak melebihi tempoh enam bulan selepas Pilihan Raya Umum, untuk memberi ruang kepada ahli fokus kepada gerak kerja pilihan raya.

Notis pindaan perlembagaan itu dikemukakan kepada ROS pada 17 Mei. - Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad