web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Tak Bersungguh Penuhi Syarat Perjanjian, PN Akan Hantar Wakil Untuk Berbincang - Hamzah

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 4:40PM

PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan setiap terma perjanjian dengan parti berkenaan dalam masa terdekat. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) akan menghantar delegasi untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi berbincang mengenai pelaksanaan dan terma perjanjian yang dimeterai kedua-dua gabungan berkenaan.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, Ismail Sabri dilihat tidak bersungguh dalam memenuhi semua terma penting berkenaan.

Hamzah Zainuddin - Gambar Bernama
Hamzah Zainuddin - Gambar Bernama

Menurut beliau, keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN malam tadi yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi PN dan Presiden BERSATU.

“Mesyuarat melahirkan rasa kecewa terhadap tindakan Perdana Menteri yang dilihat tidak bersungguh memenuhi semua terma penting yang terkandung dalam perjanjian antara beliau dengan PN.

“Sehubungan itu, PN memutuskan untuk menghantar delegasi menemui Perdana Menteri bagi membincangkan pelaksanaan setiap terma perjanjian tersebut dalam masa terdekat,” katanya.

Hamzah berkata, mesyuarat semalam juga antara lain menetapkan majlis pelancaran PN Terengganu pada 30 Julai, disusuli penganjuran Konvensyen PN pada 27 Ogos sempena ulang tahun kedua gabungan itu.

"Mesyuarat juga membuat beberapa ketetapan penting lain bagi memperkemaskan kesiapsiagaan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15)," ujarnya.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PN yang dipengerusikan Muhyiddin semalam dihadiri semua parti komponen PN iaitu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau dan ahli-ahli MT gabungan.

Pada 2 Julai lalu, Muhyiddin mengesahkan telah bertemu Ismail Sabri bagi membincangkan lantikan jawatan baharu termasuk jawatan TPM, selain beberapa perkara penting berlandaskan kandungan perjanjian antara PN dan Perdana Menteri.

Antara terma perjanjian termasuk pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) walaupun Hamzah tidak menyatakan semua butiran berkenaan secara terperinci. – Getaran, 28 Julai 2022m

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

4

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

5

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

Disyorkan untuk anda

Semasa 31 minit yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad