web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penolakan UMNO Tak Jejaskan PKR, Hanya Rugikan PN - Anwar

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:16AM

Anwar bersama dengan Datuk Afdlin Shauki Aksan pada majlis Temu Anwar di Ampang malam tadi. - Gambar oleh Aliff Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG – Penolakan UMNO terhadap sebarang kerjasama membabitkan PKR sama sekali tidak memberi kesan ke atas parti itu, yang sudah lali berjuang menentang segala ketidakadilan dan tipu daya politik.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penentangan secara terbuka yang disuarakan barisan kepimpinan UMNO pada hakikatnya adalah cerminan terhadap perseteruan mereka bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Menurut beliau, PKR sama sekali tidak terkesan dengan pendirian UMNO kerana sudah jelas ia hanya merugikan ahli Perikatan Nasional (PN) itu sendiri.

“Semua yang mereka suarakan itu sebenarnya manifestasi penentangan terhadap BERSATU, bukan kepada kita.

“PKR tidak terjejas waima sedikit atas keputusan mereka kerana selama ini pun, UMNO tak pernah bersama dalam perjuangan yang digariskan parti,” katanya kepada Getaran di sini malam tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu menyatakan demikian ketika ditemui sejurus selepas majlis Temu Anwar, anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC) dan Persatuan Pencegahan Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor, dengan kerjasama PKR Cabang Ampang.

Akhir Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) secara terbuka dan lantang menegaskan, parti berkenaan sama sekali tidak akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan DAP, PKR, BERSATU atau Anwar sendiri, yang disifatkan sebagai pengkhianat negara.

Menurut Zahid, UMNO tetap berpegang pada pendirian yang diputuskan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam satu mesyuarat Februari lalu, untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU, sekali gus menepis kemungkinan turut akan terbabit dalam kolaborasi bersama PKR pada masa akan datang.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar optimis PKR akan merintis laluan bermakna pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), walaupun berdepan pengkhianatan daripada beberapa ahli yang pernah menyandang portfolio penting dalam parti itu.

“Saya pasti akar umbi dapat melihat sendiri pengkhianatan dilakukan oleh mereka di atas sebelum ini, yang juga individu penting untuk kedua-dua cabang  berkaitan.

“Tapi pada malam ini, kita dapat menyaksikan betapa jentera Ampang, jentera Gombak bertungkus lumus hadir memberi sokongan, malah berusaha memastikan majlis berjalan lancar,” katanya.

Semua senario itu tegas Anwar, adalah indikasi jelas yang memperlihatkan bahawa sokongan akar umbi tidak goyah terhadap PKR, walaupun kehilangan antara individu penting dalam parti.

“Saya amat yakin dengan apa yang berlaku, rakyat dan akar umbi dapat menilai duduk perkara sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Anwar menyerahkan kad keahlian PKR kepada dua figura seni ternama, Datuk Afdlin Shauki Aksan dan Altimet, atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad.

Afdlin dan Altimet masing-masing menyertai PKR Cabang Setiawangsa dan Gombak.

Apa yang menarik, kad keahlian Altimet diserahkan ibunya sendiri, Sharifah Jamalah Syed Agil Alsagoff.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan aktor kacak, Datuk Hans Isaac. – Getaran, 2 April 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 3 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 6 hari yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad