web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PKR Terus Bergerak Bersama PH, Bina Jaringan Dengan Parti Pembangkang

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 2:21PM

Kepimpinan baharu PKR diyakini akan tetap bergerak bersama komponen Pakatan Harapan (PH) dan membina jaringan kerjasama dengan parti pembangkang yang lain - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kepimpinan baharu PKR diyakini akan tetap bergerak bersama komponen Pakatan Harapan (PH) dan membina jaringan kerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

Memberi jaminan itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semua ahli diingatkan agar tidak mengenepikan sejarah kerjasama antara PKR dan sebahagian PAS, yang kini dikenali sebagai AMANAH dan DAP sejak dahulu lagi.

"Ya, ada masalah berlaku. Kadang-kadang kenyataan Saudara Mohamad Sabu dan kenyataan beberapa ahli Parlimen DAP pun kita pertikai tetapi itu biasa dalam gerakan berjemaah. Dalam perbincangan PH, hal-hal ini disuarakan. Kadang-kadang suasana tegang tetapi saya menyeru supaya rakan-rakan dalam PKR faham.

"Ini bukan soal 'political expediency' untuk memenangi pilihan raya. Kita bergerak dengan dasar yang kita sepakati. Dengan agenda yang hampir sama, membawa perubahan dan menolak rasuah," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini hari ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Mengimbau sejarah, Ahli Parlimen Port Dickson itu memberitahu, PKR ketika awal penubuhannya bergandingan terus dengan PAS, di bawah pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Noor dan DAP yang diketuai Lim Kit Siang.

Katanya, sejak awal lagi hubungan bersama kedua-dua parti tersebut amat rapat.

Menurut Anwar, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ketika itu memegang jawatan Presiden telah menggembleng tenaga bagi membina kekuatan parti dan kedua-dua rakan berkenaan sentiasa berganding bersama.

"Walaupun kadang-kadang ada ketegangan dan perselisihan, rakan-rakan kita dalam parti pun salah faham, Anwar ini Presiden PKR, Pengerusi PH dan saya kebetulan juga Ketua Pembangkang. 

"Maknanya jaringan hubungan kerja dan akrab seharusnya berlaku dengan semua parti pembangkang. Ini akan kita teruskan berdasarkan agenda yang tetap," katanya lagi.

Anwar turut menegaskan, beliau tidak akan melayan dan mengambil peduli terhadap beberapa kenyataan, majoritinya dibuat Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) yang dilihat berdolak-dalik dalam hal itu.

"Itu soal (kenyataan PEJUANG) saya kesampingkan. Kita akan ke hadapan hadapi dengan tenang.

"Tetapi ada kebijaksanaannya supaya PH kekal sebagai induk terkuat, tetapi tidak menutup sama sekali kesediaan kita membina jaringan dengan semua yang sealiran dari segi dasarnya," katanya. - Getaran, 16 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad