web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Segerakan Akta Anti Lompat Parti, Jangan Biarkan ‘Katak’ Berleluasa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 5:26PM

Chan Chun Kuang menggesa agar Akta Anti Lompat Parti disegerakan di Parlimen bagi mengukuhkan kembali kestabilan politik, selain kepentingan rakyat diutamakan. - Gambar oleh Aiman Sadiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Semua pemimpin dan parti politik mempunyai tugas untuk memperbetulkan semula naratif rakyat yang sudah muak dengan politik, khususnya dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perwakilan Pahang, Chan Chun Kuang berkata, fenomena tersebut berlaku disebabkan tindakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti demi kepentingan peribadi.

Lantaran itu, beliau menggesa agar Akta Anti Lompat Parti disegerakan di Parlimen bagi mengukuhkan kembali kestabilan politik, selain kepentingan rakyat diutamakan.

“Kami penggerak komuniti di bawah dan terlibat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Melaka terima dua soalan, iaitu pertama apa gunanya saya mengundi sekiranya (wakil rakyat) menjadi katak selepas menang PRU. Kedua, kenapa nak undi sedangkan semua parti sama sahaja di Malaysia.

“Saya yakin permasalahan ini tak asing buat kita semua di mana rakyat sudah muak dan bosan terhadap sistem demokratik negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan ucaptama Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, undang-undang tersebut penting untuk disegerakan kerana ia mampu membawa kepada pembentukan kerajaan stabil.

Menurut beliau, rakyat tidak mahu melihat lagi isu melompat parti politik atau wakil rakyatnya bertindak seperti katak tanpa kesudahan.

“Langkah Sheraton itu menyebabkan sebahagian rakyat kecewa apabila mereka sanggup beratur panjang membuang undi, namun tak tahu Ahli Parlimen atau ADUN akan melompat parti selepas menang demi kepentingan diri.

“Ahli Parlimen atau ADUN barangkali sudah lupa mereka diundi disebabkan parti mereka wakili bukan kerana faktor personal, namun mereka yang bergelar Yang Berhormat ini seolah-olah lupa mandat rakyat yang memberikan mereka peluang pada pilihan raya umum (PRU) lalu,” katanya.

Lantaran itu, Chun Kuang memberi amaran kepada pemimpin PKR agar sentiasa muhasabah dan kekal relevan untuk bersama rakyat yang memberi undi kepada mereka untuk menjadi wakil rakyat

“Jangan lupa kemenangan di setiap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk memperoleh kerusi di negeri dan kuasa dalam kerajaan Persekutuan, disebabkan keyakinan rakyat terhadap perubahan dibawa kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH).

“Jangan kecewa lagi rakyat, mereka tak kisah sebenarnya parti mana akan jadi kerajaan, tak kisah pemimpin utama mana memegang Putrajaya, mereka hanya mahu lihat siapa ikhlas memperjuangkan hak mereka dan membawa negara ke arah lebih baik. Seruan kami, ‘move on’ (bergerak ke depan) dan kita perlu kembalikan kepercayaan rakyat,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Sertai Parti Baharu: Rafizi, Nik Nazmi Berdepan Tindakan Akta Lompat Parti, Bon RM10 Juta

2

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Anwar Telah Masukkan Kehadiran Dalam Kes Saman Dr Mahathir

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Perdana Menteri Harus Beri Jaminan Mahasiswa 'Dilindungi' Jika Bersuara Mengkritik Kerajaan 

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar