web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Juruaudit Mengesahkan Setiap Undi Dalam Pemilihan Parti - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 11:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juruaudit forensik yang menilai pemilihan  PKR yang tamat baru-baru ini telah meneliti setiap undian secara fizikal atau digital, sebelum ia ditandatangani, kata Fahmi Fadzil.

Bercakap kepada The Vibes, pengarah komunikasi parti itu mengulas beberapa kebimbangan mengenai penemuan juruaudit yang berakhir dengan beberapa perubahan pada keputusan pemilihan parti tersebut.

Antara isu dibangkitkan ahli parti membabitkan perubahan seperti Senator Dewan Negara Fadhlina Sidek yang menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail bagi  jawatan Ketua Wanita PKR manakala penyanyi rap Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet diangkat sebagai ketua bahagian Ampang selepas mengalahkan pelakon serta penerbit, Datuk Hans Isaac dengan kelebihan sembilan undi.

“Juruaudit telah meneliti semua undian. Kami mempunyai tiga kategori undi. Pengundian dalam talian, saya sendiri lakukan dalam talian, dan kemudian kami mempunyai tab. Terdapat dua kategori untuk tab.

“Salah satunya ialah mereka membuang undi pada tab yang disambungkan ke internet dan kemudian terdapat tab luar talian, digunakan semasa mengundi tetapi tidak disambungkan ke internet. Selepas undian selesai, kakitangan jawatankuasa pemilihan parti (JPP) dan mereka yang terlibat dalam menguruskan pemilihan itu akan menyeragamkan tab tersebut ke awan (server).

"Jadi, juruaudit telah meneliti semua tab, undian, sama ada mereka mengundi atas talian atau secara fizikal pada tab tersebut,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Naib Ketua Pemuda PKR Gombak yang baru, Khairul Anwar Rosnan menerusi satu kenyataan berkata, kebimbangan yang dibangkitkan ramai ahli parti mengenai ketiadaan ketelusan oleh JPP adalah wajar.

Beliau turut mempersoalkan mengapa hanya undi fizikal sahaja yang diaudit sedangkan undian dalam talian tidak melalui proses tersebut.

Mengimbau kembali mesyuarat pada 6 Julai lalu, Fahmi berkata, JPP sendiri telah mengesyorkan kepada Jawatankuasa Pimpinan Pusat (MPP) parti itu bahawa keputusan pemilihan di peringkat bahagian, wanita, belia dan pusat perlu ditapis dan ditandatangani oleh juruaudit.

Beliau menegaskan sebarang ‘keputusan’ dibuat mana-mana individu sebelum pengumuman rasmi oleh JPP hanyalah sekadar spekulasi oleh penyokong atau calon yang teruja, sehingga mendahului aturan ditetapkan.

“Dan perkara penting di sini ialah, juruaudit dapat menandatangani undian yang disahkan. Juruaudit perlu menandatangani penemuan mereka.

“Jadi, dalam kes Ampang, seperti yang berlaku juga kepada Ketua Wanita, MPP melihat bahawa untuk juruaudit menandatangani laporan mereka, undian ini perlu diproses dan disaring oleh juruaudit.

“Jadi, keputusan rasmi dibenarkan yang ditandatangani oleh juruaudit adalah keputusan yang dikeluarkan oleh JPP di laman web mereka. Satu-satunya keputusan rasmi ialah yang diumumkan oleh JPP,” katanya sambil menambah juruaudit dilantik oleh JPP, bukannya MPP atau calon, sebagaimana didakwa pihak tertentu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menegaskan, sama seperti mana-mana ahli profesional lain, juruaudit bersedia untuk meningkat dan mempertahankan hasil penemuan mereka. - The Vibes, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

3

Politik 2 bulan yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

Sorotan

1

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

2

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

3

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

4

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

5

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad