Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemilihan PKR 2022: Keputusan Hasil Audit Tidak Telus, Langsung Tak Meyakinkan

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 7:00AM

Calon Ketua Cabang Gombak, Farhash Wafa Salvador Mubarak menyifatkan proses pengiraan undi dan keputusan rasmi Pemilihan PKR 2022 tiada ketelusan serta tidak langsung meyakinkan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Calon Ketua Cabang Gombak, Farhash Wafa Salvador Mubarak yang tewas pada Pemilihan PKR 2022, menyifatkan proses pengiraan undi dan keputusan rasmi pemilihan itu yang disiarkan hari ini, tiada ketelusan serta tidak langsung meyakinkan.

Beliau berkata, pihak Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR menyiarkan keputusan rasmi yang tidak banyak berubah dan menerusi kenyataan Pengerusinya, Dr Zaliha Mustafa ia berdasarkan hasil audit forensik seperti dimuktamad.

Katanya, bukan keputusan pemilihan itu mengecewakan, sebaliknya penolakan prinsip amalan PKR (mengecewakan), apabila satu proses yang tidak telus secara terangan, tidak langsung diambil berat untuk dilakukan pembetulan.

“Sejak dari mula, proses pemilihan parti, lebih-lebih lagi pengiraan undi yang dilakukan secara rahsia, sangat diragui kerana terlalu terbuka kepada manipulasi, tetapi jawapan diberikan pihak JPP langsung tidak meyakinkan.

“Ekoran keputusan tidak rasmi pada 29 Mei lalu, lebih 1,800 aduan dan bantahan diterima JPP, malah setahu saya setiap bantahan harus disertakan bayaran.

“Kebanyakan bantahan adalah mengenai proses dan mekanisme pengundian atas talian (PAT) menggunakan aplikasi ADIL yang sangat dipertikaikan penglibatan pihak berkepentingan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Farhash Wafa Salvador berkata, kenyataan JPP bahawa audit dilantik jawatankuasa itu yang mendapati ada cubaan menggodam sistem, tetapi tidak berjaya, dilihat satu helah bagi mengalihkan pandangan daripada kegagalan mengangkat ketelusan.

Jelasnya, kebanyakan bantahan tiada mempersoalkan sama ada sistem digodam atau tidak, tetapi mengenai kebarangkalian berlaku manipulasi oleh pihak dalaman ke atas keputusan diterima.

Malah, katanya, permintaan itu adalah berhubung kekhuatiran berbangkit mengenai perkara terbabit diatasi secara mudah dan telus dengan satu kiraan semula semua undi, baik fizikal mahupun atas talian diadakan di hadapan saksi terdiri daripada calon, wakil mereka serta pihak ketiga.

“Permohonan untuk ketelusan ini langsung tidak diendahkan, malah kami dapati dari sumber dalaman JPP sendiri bahawa audit forensik ini tidak menyentuh pun undi atas talian yang menimbulkan kontroversi ini,” katanya.

Menurut Farhash Wafa Salvador, malah Dr Zaliha sendiri kini dilihat berkompromi untuk melindungi proses tidak telus ini, maka tidak perlulah beliau berbicara soal integriti kerana ia tidak wujud dalam konteks pemilihan PKR, selain permohonan untuk ketelusan juga ditolak mentah-mentah.

“Terlalu banyak persoalan tidak terjawab dan sebelum kita berhadapan dengan rakyat dalam siri kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU-15), mungkin ada baiknya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meyakinkan anggota bahawa ini (PKR) masih sebuah parti yang menegakkan ketelusan, keadilan dan integriti,” katanya.

Pada 29 Mei lalu, Getaran melaporkan bahawa Farhash Wafa Salvador mendakwa wujud keraguan terhadap keputusan tidak rasmi pemilihan itu yang dikeluarkan JPP.

Mantan Pengerusi PKR Perak itu menegaskan, pihaknya mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, selain gesaan bagi parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan berkenaan.

Tegasnya, selepas meneliti keputusan tidak rasmi pemilihan itu, beliau ingin menyatakan keraguan amat tinggi terhadap ketelusan dan kebenarannya.

“Pihak saya mempunyai bukti dan dokumentasi kukuh untuk menyatakan bantahan rasmi, dengan gesaan untuk parti menjalankan satu audit forensik terhadap sistem keputusan dan kaedah perlaksanaannya.

“Bantahan berkenaan membabitkan keputusan undian fizikal dan PAT yang menyaksikan Cabang Gombak menghasilkan keputusan tidak munasabah, berbanding kehadiran fizikal penyokong pihaknya dan rekod pengundian atas talian,” katanya.

Semalam, Zaliha berkata, JPP parti itu, meneliti laporan audit dari pakar digital dan menerimanya berdasarkan kepada bukti berasas menerusi analisis digital.

Menerusi dapatan audit, katanya, ia mendedahkan wujud percubaan menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Namun perkara tersebut dikenal pasti dan pakar audit sudah memberi cadangan untuk mengemaskini rekod pengundian. Proses pemutihan sudah dilaksanakan berdasarkan keputusan analisis digital tersebut.

“Bagaimanapun ia tidak menjejaskan keputusan kemenangan sebahagian besar calon, baik di peringkat pusat mahupun di peringkat cabang,” katanya.

Pemilihan itu menyaksikan mantan Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli sah memenangani jawatan Timbalan Presiden PKR baharu.

Beliau yang meraih 59,678 undian mengalahkan pencabar, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dengan 43,010 undian.

Keputusan akhir Pemilihan Keadilan 2022 dikeluarkan di laman web https://pemilihankeadilan2022.com. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Bantahan Desak Washington Henti Serangan Di Rafah

3

Politik 5 bulan yang lalu

Kekal Kemenangan Pada PRU Akan Datang, Agenda Dapat Terus Dilaksana - Nurul Izzah

4

Politik 5 bulan yang lalu

PKR Sedia Dengar Suara Pimpinan, Ahli Pastikan Tiada Dipinggirkan - Nik Nazmi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 21 jam yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini