web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tak Pernah Minta Gugur Kes, Nafi Sokong Anwar 

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2022 6:06PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memberi sokongan kepada Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri dengan syarat, kes mahkamah mensabitkan dirinya  'tidak diteruskan'.

Beliau dalam hantaran di Facebook. menafikan pernah meminta mana-mana pihak menggugurkan kesnya dengan menggunakan pengaruh politik dimiliki mereka.

"Langsung tak benar apa Nuar (Anwar) kata. Saya tak pernah minta sesiapa untuk gugurkan kes saya melalui pengaruh politik.

"Saya adalah orang parti dan saya akan sentiasa taat kepada keputusan parti," katanya hari ini.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dipetik sebagai berkata, Najib turut terlibat menandatangani akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, dengan syarat sabitan mahkamah ke atas dirinya tidak diteruskan. 

Ketua Pembangkang itu bagaimanapun berkata, beliau enggan menuruti kehendak Najib dan seolah-olah memberi bayangan, keengganan tersebut adalah punca dirinya gagal mendapat sokongan mencukupi untuk diperkenan menjadi Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Najib menambah, beliau berasa pelik mengapa Istana Negara tidak melantik Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya benar Ketua Pembangkang itu memiliki sokongan 120 Ahli Parlimen.

"Dan kenapa dia tak buktikan sokongan ini melalui undian dalam Parlimen, termasuk dengan cara menggagalkan undian bajet 2021 ketika itu,” katanya. - Getaran, 1 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad