web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Anwar Janjikan Kepada Ahmad Zahid, Kluster Mahkamah?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:52PM

Anwar Ibrahim - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendesak Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan berhubung kesediaan beliau mendapatkan sokongan kluster mahkamah UMNO bagi membolehkannya menjadi Perdana Menteri.

Timbalan Pengerusi Biro Penerangan BERSATU, Dr Afif Bahardin berkata, pendedahan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam, mengesahkan dakwaan dan desas-desus wujud pakatan sulit antara Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Apakah yang beliau (Anwar) janjikan kepada Ahmad Zahid dan kluster mahkamah bagi memenuhi obsesi patologikalnya untuk bergelar seorang Perdana Menteri?

“Hipokrasi politikus PKR dan DAP juga cukup memualkan apabila tanpa segan menyelar ahli politik PN dengan pelbagai panggilan.

“Namun mereka diam seribu bahasa apabila terbukti Presiden PKR sendiri sanggup menerima sokongan Ahli Parlimen dari kluster mahkamah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Semalam, Tajuddin yang juga ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendedahkan wujud akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, pendedahan itu dilakukannya sebagai ‘saksi hidup’ berikutan Ahmad Zahid tidak mendedahkannya kepada akar umbi.

Tajuddin mendakwa, beliau turut digesa menandatangani SD tersebut sehingga timbul isu jajaran baharu ketika itu.

“Saya saksi hidup. Ada diminta tandatangan surat sokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Kata No DAP, No Anwar! Tetapi memang ada SD sokongan Anwar (dihantar) pada Istana (Negara).

“Saya diminta tandatangan. Mula-mula saya tidak mahu, bila sudah sampai saat hendak masam muka dengan saya, saya tandatangan juga.

“Lebih menyedihkan, bila di luar mesyuarat (MKT), Ahmad Zahid berkata: “No Anwar! No DAP!”. Itu satu pembohongan kepada ahli UMNO,” dakwa Tajuddin. - Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad