web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tajuddin Buat Kejutan, Dakwa Saksikan Sendiri SD Sokong Anwar Sebagai PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jun 2022 3:53PM

Tajuddin membuat pendedahan mengejut apabila mengesahkan beliau adalah saksi kepada SD yang ditandatangani tahun lalu bagi menyokong Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membuat pendedahan mengejutkan hari ini, apabila mengesahkan beliau adalah saksi kepada akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani tahun lalu, bagi menyatakan sokongan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.

Membidas pendirian ‘No DAP, No Anwar’ oleh UMNO, Tajuddin berkata, beliau menyaksikan sendiri akuan bersumpah berkenaan.

“Saya saksikan sendiri. Pada mulanya saya tak mahu tandatangan, tapi saya dipaksa untuk berbuat demikian.

“Memang ada SD (ditandatangani oleh Ahli Parlimen UMNO) bagi menyatakan sokongan penuh terhadap Anwar untuk menyandang jawatan Perdana Menteri. Ada surat yang dihantar ke Istana Negara. Saya enggan tandatangan, saya tidak mahu.

“Tapi bila akhirnya sudah ada yang bermasam muka, saya terpaksa juga berbuat demikian.

“Selepas itu, mereka asyik melaungkan slogan ‘No DAP, No Anwar’. Semua itu bohong saja. Mereka berbohong kepada yang tidak tahu. Kesian ahli-ahli yang betul tak tahu.

“Kita perlu hormat kepada Presiden, kan? Kita tak boleh menolak Presiden,” katanya tanpa menyebut sebarang nama, tetapi dipercayai merujuk kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun SD berkenaan tidak memiliki cukup tanda tangan untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri, Tajuddin mendedahkan bahawa beberapa pemimpin kanan parti, Zahid dan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz turut menurunkan tandatangan masing-masing.

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Tajuddin Abdul Rahman - Gambar oleh Abdul Razak Latif

“Saya tak ingat berapa ramai Ahli Parlimen yang tandatangan SD itu, tetapi jumlah itu mencukupi. Beliau (Anwar) menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan memberitahu memiliki sokongan yang cukup serta sokongan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri, kan?

“Saya tak pasti jika (Datuk Seri) Hishammuddin (Hussein) dan KJ (Khairy Jamaluddin) tandatangan atau tidak, tapi saya boleh sahkan Zahid tandatangan SD itu, begitu juga Nazri Aziz.”

Isu melibatkan SD kepada Anwar itu berlaku selepas kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada 2020.

Sementara itu, bercakap dalam sidang media di sini, Tajuddin berkata, beliau adalah individu bertanggungjawab meyakinkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin UMNO.

“Saya beritahu beliau untuk berikan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada UMNO. Biar UMNO seronok sikit, dan bukan seolah-olah kita dipergunakan,” katanya.

Selepas Muhyiddin meletakkan jawatan, Tajuddin berkata pemimpin BERSATU itu bersetuju untuk menyokong Ismail Sabri yang turut menerima sokongan PAS.

“UMNO berpecah. Lima belas individu di bawah Zahid dan ‘bosku’ enggan menandatangani SD hingga saat akhir. Jangan berani menafikan perkara ini,” katanya, merujuk kepada gelaran popular Datuk Seri Najib Razak.

“Mereka enggan menandatangani SD sehingga Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua semua Ahli Parlimen untuk memberitahu pilihan masing-masing. Jadi Presiden ‘kantoi’. Beliau mahu menyerahkan beberapa nama. Seperti namanya sendiri dan (Tan Sri) Tengku Razaleigh (Hamzah). Sebagai Presiden, beliau sepatutnya mengikut konsensus.

Tajuddin menunjukkan gambar di mana pertemuan diadakan pada 2020 berhubung SD berkenaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif
Tajuddin menunjukkan gambar di mana pertemuan diadakan pada 2020 berhubung SD berkenaan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Ditanya mengenai pilihan raya umum, beliau berkata, misi UMNO kini ialah untuk mengambil alih kerajaan memandangkan parti itu kini memiliki seorang Perdana Menteri.

“Nasib baik Datuk Seri Ismail Sabri (Yaakob) dilantik sebagai PM. Apa lagi yang mereka mahu? Kenapa nak bergaduh mengenai PRU15? Bukannya mudah mahu mengambil semula jawatan PM dan menteri.

“Saya berani jamin mereka tak gembira kerana Datuk Seri Zahid tak gembira tak dapat jawatan itu. Bukan untuk parti. Beliau sendiri mahu kembali berkuasa. Jika beliau berkuasa semula, beliau boleh selesaikan kes mahkamahnya,” katanya.

Tajuddin turut menasihatkan Zahid dengan berkata, Presiden UMNO itu seharusnya memberi tumpuan kepada kes mahkamah yang sedang berjalan, berbanding kedudukan dan kuasa.

“Ada banyak kes. Beliau tak boleh memikirkan perkara lain. Lebih baik fokus kepada masalah peribadinya sendiri. Jangan bebankan UMNO dengan masalah peribadinya sendiri,” katanya.

Bagi Tajuddin, sudah terlalu lama Zahid kehilangan upaya untuk memimpin parti.

“Beliau bertahan selama lima hingga enam bulan dan kemudian kami adakan pertemuan bersama pemimpin kanan, termasuk ‘bosku’. Kami putuskan, lebih baik beliau berundur. – The Vibes, 27 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 4 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar