web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dengan UMNO Atau Tidak, BERSATU Kedah Sedia Hadapi Kemungkinan

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2021 4:30PM

Mohd Suhaimi Abdullah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sama ada bersama UMNO atau tidak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kedah sudah bersiap sedia dengan segala kemungkinan mengenai gabungan yang bakal dibentuk, bagi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Kedah, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata, ia susulan kenyataan dibuat Presiden mereka, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bersedia berdepan UMNO jika parti itu mahu membolot semua kerusi dipertandingkan.

Menurutnya, kenyataan dibuat Muhyiddin itu mungkin kerana beliau terlalu geram dengan cakap-cakap dilemparkan terhadap BERSATU di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 yang berakhir semalam.

“Selama ini Muhyiddin tak pernah buat kenyataan begitu tetapi kita perlu terima hakikat bahawa beliau pun manusia biasa. Apabila orang selalu tolak dan pada akhirnya kita dah tak boleh nak ke mana, maka kita pun terpaksalah membalas balik.

“Barangkali Muhyiddin juga terkilan dengan kenyataan dikeluarkan, maka beliau buat kenyataan bersedia bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen jika UMNO ambil semua. Jika itu berlaku, kita bersedialah dengan segala kemungkinan,” katanya ketika dihubungi Getaran di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sejak dari awal BERSATU sememangnya merasakan seolah-olah sukar diterima UMNO kerana sering digelar dengan pelbagai panggilan termasuk ‘parti serpihan’.

Namun katanya, hubungan antara parti itu dan PAS, termasuk di negeri ini cukup erat kerana masing-masing tidak memiliki agenda tersembunyi dan sentiasa berterus terang hingga tiada isu boleh dibangkitkan bagi memecah belahkan kedua-duanya.

“Begitu pun sehingga kini kita masih terbuka sekiranya ada rakan-rakan dalam UMNO yang mahu bersama mendepani PRU-15. Kita percaya di sebelah UMNO serta rakyat di setiap peringkat, masih ramai lagi mengharapkan supaya ketiga-tiga parti ini bersatu demi penyatuan Melayu Islam.

“Kita yakin masih ramai pihak termasuk mereka yang berada di kampung-kampung yang tidak bersetuju jika ketiga-tiga parti ini berpecah belah. Jadi, selain bersedia dengan segala kemungkinan, kita juga masih terbuka untuk sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Ditanya mengenai kekuatan BERSATU di Kedah, Suhaimi berkata, keutuhan parti itu di negeri ini kian bertambah namun bukan berpaksikan kepada hasil mencuri ahli UMNO seperti didakwa oleh sesetengah pihak.

“Kita banyak tumpu kepada pengundi atas pagar di mana mereka ini memiliki sentimen kuat terhadap perpaduan Melayu. Sesetengah mereka bukan berparti pun tetapi menyokong kerajaan yang ada sekarang kerana tidak melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang menjurus kepada bencana.

“Kita tak curi ahli UMNO tetapi jika mereka yang mahu datang, kerana ada krisis yang berlaku dalam parti itu, maka kami terima. Itu saja,” katanya. - Getaran, 29 Mac 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

3

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

4

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad