web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Haram' Dedah Rahsia Parti, UMNO Perlu Ambil Tindakan Disiplin Terhadap Pelaku

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 3:04PM

Othman Desa berpendapat UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang melanggar peraturan parti dengan mendedahkan kerahsiaan parti kepada umum. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO perlu mengambil tindakan disiplin selaras dengan perlembangaan terhadap mana-mana pemimpin yang mendedahkan kerahsiaan parti secara terbuka, kata Pengerusi Veteran UMNO, Datuk Othman Desa.

Dalam nada kesal, beliau berkata, tindakan segelintir ahli yang mendedahkan kerahsiaan itu, mencetuskan suasana tidak harmoni dalam UMNO, selain menimbulkan rasa tidak hormat terhadap barisan kepimpinan serta parti itu sendiri.

“Secara peribadi, saya berpendapat bahawa UMNO perlu mengambil tindakan disiplin terhadap ahli yang melanggar peraturan parti. Mana boleh dedahkan kerahsiaan parti kepada umum.

“Kita (UMNO) bukan parti koboi. Tindakan tersebut hanya memburukkan suasana,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Othman Desa
Othman Desa

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung pendedahan mantan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menerusi sidang akhbar semalam.

Ketika ditanya sama ada pendedahan Tajuddin selepas digugurkan daripada jawatan MKT akan mengakibatkan perpecahan dalaman UMNO, Othman berkata, parti tersebut sudah melalui pelbagai pengalaman sepanjang penubuhannya.

Menurutnya, pandangan, andaian dan tuduhan seseorang ahli UMNO yang mengaitkan isu tertentu dengan seseorang pemimpin, tidak akan menyebabkan perpecahan, namun ia sedikit sebanyak mencalarkan imej parti.

“UMNO adalah sebuah parti besar, mempunyai sistem dan peraturan bukan boleh dirosakkan dengan hanya satu dua pandangan serong.

“Melihat daripada sejarah UMNO itu sendiri, kita sudah melalui zaman di mana seorang Timbalan Presiden yang juga Timbalan Perdana Menteri dipecat daripada jawatannya, tetapi UMNO masih diterima rakyat,” tegasnya.

Mengulas lanjut, Othman berkata, pengguguran atau pemecatan seseorang pemimpin daripada jawatan lantikan adalah perkara biasa di dalam UMNO, justeru beliau menasihatkan supaya jangan menjadikan isu tersebut serius.

“Terima sajalah (pengguguran), ia adalah hak Presiden kerana jawatan tersebut adalah lantikan. Jangan timbulkan isu peribadi sehingga sanggup melingkupkan parti,” katanya.

Terdahulu, Jumaat lalu, Getaran melaporkan, Tajuddin digugurkan daripada jawatan ahli MKT UMNO dan kedudukannya digantikan mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil.

Susulan daripada pengguguran tersebut, Tajuddin membuat pendedahan mengejutkan bahawa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat dan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pernah mengetuai beberapa pemimpin UMNO, mewujudkan memorandum memujuk Ahmad Zahid berundur daripada jawatan orang nombor satu parti itu.

Katanya, seramai 130 Ketua Bahagian di seluruh negara bersetuju dengan memorandum tersebut, termasuk 18 daripada Perak, namun usaha berkenaan gagal kerana Mohamad dan Najib didakwa ‘membelot’.

Selain itu, Tajuddin turut mendedah dan mengesahkan Ahmad Zahid mengetuai akuan bersumpah (SD) dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO bagi menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Isu jajaran baharu, ‘no Anwar, no DAP...come on’, saya saksi hidup, ada SD ditandatangani untuk sokong Anwar jadi PM,” katanya.

Dalam sidang media sama, Tajuddin mendakwa Ahmad Zahid tidak berpuas hati dengan kedudukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kerana tidak diberi ruang menggalas jawatan itu. – Getaran, 28 Jun 2022

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad