web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isham Sah Dilantik Ahli MKT UMNO, Ganti Tajuddin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 10:24PM

Isham dilantik sebagai ahli MKT UMNO malam ini. - Gambar dari Facebook Puad Zarkashi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil sah dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Pelantikan itu menyaksikan beliau menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang digugurkan daripada jawatan itu pada Selasa lalu.

Perkara itu disahkan ahli  Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook.

“Tahniah saudara Isham Jalil. MKT UMNO malam ini,” katanya.

Mantan Ahli Parlimen Batu Pahat itu turut memuat naik gambar Isham mengangkat sumpah bagi jawatan berkenaan.

Pelantikan itu sekali gus menjawab teka teki berhubung apakah Isham bakal dilantik memegang peranan itu seperti dilaporkan The Vibes.

Ia susulan Isham menerusi perkongsian media sosialnya memaklumkan beliau dijemput menyertai mesyuarat MKT UMNO malam ini, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa beliau mungkin dilantik dalam badan pembuat keputusan tertinggi parti itu.

Isham yang juga pegawai khas Datuk Seri Najib Razak ketika pemimpin itu memegang jawatan sebagai Perdana Menteri berkata, beliau dimaklumkan mengenai jemputan terbabit oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Saya akan hadir. Sebagai ahli akar umbi UMNO, saya akan membantu parti sebaik mungkin demi rakyat dan negara,” katanya menerusi kenyataan ringkas hari ini.

UMNO malam ini mengadakan mesyuarat MKT parti itu bagi membuat keputusan penting berhubung pendirian terbaharu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mesyuarat itu juga akan membincangkan mengenai keputusan parti berhubung Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas sebelum ini. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 7 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar