web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Beri Petunjuk Tarikh PRU, UMNO Ancam Tarik Diri

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 10:46PM

Zahid Hamidi - Gambar Sadiq Asyraf

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO memberi amaran akan menarik diri dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) jika gabungan itu gagal memberi petunjuk terhadap tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung ucapan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020) berkata, tuntutan berkenaan seiring dengan suara akar umbi yang sepakat untuk menarik semula sokongan diberikan terhadap PN.

“Kalau ini menjadi keputusan mereka, saya yakin rakan-rakan kita dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT), termasuk menteri, timbalan menteri, pengerusi majlis tertinggi, termasuk menteri, timbalan menteri, pengerusi-pengerusi GLC (agensi berkaitan kerajaan), malah seluruh ahli parlimen akan 100% akur.

“Jika ada di kalangan mereka terlalu seronok duduk dalam bilik yang terlalu berhawa dingin, dan berkerusi empuk, mereka harus lihat serta tahu, bahawa mereka berada di sana kerana parti,” kata Zahid.

Walaupun beliau tidak memberikan sebarang garis masa dalam penarikan sokongan tersebut, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan pula membayangkan bahawa perkara itu mungkin berlaku pada Ogos ini.

“UMNO tidak boleh main silat lidah sahaja. Jika kita setuju untuk tarik diri pada bulan lapan, maka kita kena tarik pada bulan lapan. Apa guna jadi gajah kalau masuk hutan satu ranting pun tak patah.

“Tapi, apa jua yang kita nak buat, kita mesti berfikir panjang-panjang. Apa jua perkiraan kita, UMNO mesti untung. Kita tidak boleh berkompromi dalam apa jua bentuk dan keadaan,” kata Mohamad ketika menggulung ucapan.

Beliau dipercayai merujuk kepada tempoh berakhirnya proklamasi darurat yang dijadualkan pada Ogos ini. - Getaran 28 Mac, 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad