web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahu Tolak BERSATU, Menteri UMNO Kena Letak Jawatan - Ku Li

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 8:00PM

Tengku Razaleigh Hamzah bercakap dengan wartawan ketika ditemui di PWTC hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penolakan UMNO terhadap kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) perlu dibuktikan dengan peletakan jawatan semua menteri daripada parti itu.

Veteran UMNO, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, tindakan itu selari dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memutuskan kerjasama dengan BERSATU di bawah panji Perikatan Nasional (PN).

Menurut beliau, jika semua menteri itu keberatan untuk melepaskan jawatan masing-masing, ia bermakna mereka sebenarnya tidak ‘bersama’ UMNO sepenuhnya.

“Jika semua menteri itu mahu mematuhi keputusan dibuat oleh UMNO, mereka perlu melepaskan jawatan masing-masing, walaupun ia masih perlu dibahaskan,” katanya ketika ditemui media, sewaktu menghadiri ucapan perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.

Tengku Razaleigh, juga dikenali sebagai Ku Li berkata, adalah jelas bahawa detik ini dianggap sebagai penamat kepada kerjasama antara UMNO dan BERSATU.

“Saya tak fikir anda boleh meneruskan semua ini apabila akar umbi berkata sebaliknya.

“Saya juga berpendapat, presiden berhak untuk bersuara kerana MKT sudah meluluskan keputusan itu. Presiden hanya mengulang semua pendirian diambil MKT berkenaan hal ini,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ku Li memberitahu, PAS perlu kekal bersama UMNO demi pembentukan Muafakat Nasional (MN).

“Bagaimanapun saya tak boleh bersuara mewakili mereka. Anda kena tanya PAS sendiri apa langkah yang mahu diambil,” katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kestabilan dan perpaduan adalah dua perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh parti.

Hishammuddin yang juga Menteri Luar menegaskan, beliau menerima apa sahaja keputusan yang dibuat oleh presiden berhubung kebersamaan dalam parti.

“Apa sahaja yang dibangkitkan oleh MKT sebelum ini sudah disebut oleh presiden hari ini, jadi kita hanya perlu menunggu apa yang akan diperkatakan (jurucakap),” katanya. - Getaran, 28 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad