web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Komited Pertahan Penyatuan Ummah - Timb Presiden

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 3:18PM

Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemu bual pada Program Ruang Bicara di Wisma Bernama pada 26 Mac. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS menegaskan akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini.

Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata perkara itu dibuktikan dengan kehadiran PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebagai usaha berterusan memperkukuhkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) sebagaimana yang disepakati sebelum ini.

“… ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di perhimpunan itu di sini hari ini.

Hadir sama pada perhimpunan itu ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya sebelum itu berkata UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemah piagam dan perjanjian persefahaman yang dimeterai UMNO dan PAS pada September 2019.

Menurut Ahmad Zahid,  permuafakatan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),  dan diyakini  akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.

Sementara itu,  Presiden MIC Tan Sri S A Vigneswaran ketika ditemui pemberita berkata PAS perlu membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“UMNO tidak mahu bekerjasama dengan PN, justeru PAS perlu buat keputusan terlebih dahulu. Entah-entah mereka (PAS) tidak mahu bekerja dengan UMNO,” katanya.

Mengulas mengenai BN bertanding secara solo pada PRU15, Vigneswaran berkata itu adalah satu keputusan yang tepat.

“Buat masa sekarang ini adalah hasrat UMNO, kita akan bertanding atas tiket BN, yang dikatakan nak bekerjasama dengan sesiapa selepas pilihan raya itu, kita kena bincang,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata untuk memenangi PRU15, BN perlu bekerja keras berikutan senario semasa politik negara.

“Cabaran yang bakal kita hadapi bukan sesuatu yang membolehkan kita berkata dengan yakin ‘kami boleh lakukannya’, kita perlu bekerja keras selain mendapatkan sokongan semua bangsa kerana inilah yang perlu kita lakukan,” katanya.

Mengulas mengenai pendirian UMNO untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu, Wee berkata perkara itu terpulang kepada UMNO.

“Ini perhimpunan agung mereka dan mereka boleh bincang tentang apa sahaja. Jadi, biarlah mereka buat keputusan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Palanivel Meninggal Dunia

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Lucut Hak Mengundi Ahli, Exco MCA Langgar Prinsip Demokrasi, Amalkan Nepotisme - SCA

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran