web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rundingan Kerajaan Perpaduan Selepas PRU15 - Zahid Hamidi

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2021 12:22PM

Zahid berkata UMNO akan tetap bertanding dalam PRU15 menggunakan panji-panji Barisan Nasional. - Gambar Syeda Imran

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keterbukaan UMNO untuk berunding dengan mana-mana parti bagi membentuk kerajaan, termasuk kerajaan perpaduan (unity government) hanya akan dilakukan selepas Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti berkenaan tetap berpegang kepada keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan tiga entiti berkenaan.

“Kita tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi. No Pribumi Bersatu! No Anwar! No DAP. Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

“Kita tetap akan bertanding menggunakan panji-panji Barisan Nasional,” tegasnya.

Bagaimanapun Zahid berkata, beliau dapat merasai impian rakyat yang menurutnya amat mengharapkan kewujudan sebuah ‘unity government’ demi kestabilan politik negara.

“UMNO sangat terbuka untuk melakukannya selepas PRU15 nanti. Namun, terlebih dahulu parti wajib terus direlevankan dan mendominasi politik tanah air. Kita perlu dominan, baharulah kita relevan.

“Untuk itu, kepimpinan UMNO di semua peringkat dan seluruh akar umbi harus berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menghadapi reset politik ini,” katanya.

Terdahulu ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2020, Zahid yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dengan lantang menegaskan, UMNO tidak akan mendukung gabungan politik dalam Perikatan Nasional (PN) selepas menyedari muslihat politik dimainkan BERSATU.

“Ketetapan ini bukan hanya dari Majlis Kerja Tertinggi tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang tidak senang dengan gelagat politik BERSATU. Mereka berniat jahat untuk menghapuskan dan menggantikan UMNO,” katanya.

Walaupun UMNO berhasrat untuk bertanding dalam PRU15 melalui BN, Zahid menjelaskan parti tersebut tidak akan mengabaikan persahabatannya dengan Pas yang diterjemahkan sebagai Muafakat Nasional (MN).

“Kita telah bersetuju dalam mesyuarat MN untuk tidak tergesa-gesa menyertai mana-mana gabungan parti-parti politik dan UMNO tetap tegas dengan pendirian ini.

“Piagam Muafakat Nasional yang termeterai belum sampai ke penghujungnya dan UMNO sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemahkan piagam dan perjanjian persefahaman berkenaan kerana ia adalah doa dan harapan ummah secara keseluruhan,” katanya. - Getaran, 28 Mac, 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

oleh Amirah Abu Bakar