web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Idealisme, Prinsip Perjuangan BERSATU Jati Diri Saya’ - Azmin

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2022 5:38PM

Azmin Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa idealisme dan prinsip perjuangan parti itu adalah jati diri beliau.

Penegasan itu sekaligus menamatkan teka-teki mengenai dakwaan bahawa beliau akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamarudin yang menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menurut Mohamed Azmin, beliau akan terus bergerak bersama seluruh anggota BERSATU untuk membangunkan sebuah kerajaan bersih, telus, berintegriti dan komited terhadap prinsip tadbir urus yang baik serta memperjuangkan keadilan sosial demi kemakmuran.

“Sesungguhnya, BERSATU wadah unggul untuk rakyat Malaysia. Citra BERSATU yang dinamik, progresif dan inklusif amat bertepatan dengan aspirasi zaman demi membangun Malaysia yang bersatu padu dan berupaya mendepani cabaran semasa.

“Idealisme perjuangan BERSATU yang meliputi norma kehidupan dan dasar prihatin dengan mengangkat martabat rakyat berjaya menjana kemakmuran demi kesejahteraan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menghargai dan berterima kasih kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin di atas keyakinan serta kepercayaan terhadap iltizam dan komitmen beliau bersama parti.

“Dasar dan inisiatif diperkenalkan beliau (Muhyiddin), khususnya pakej rangsangan ekonomi yang proaktif serta keputusan pantas tepat pada masanya mengenai pelaksanaan program vaksinasi besar-besaran, meletakkan Malaysia di atas landasan kukuh dan berdaya tahan bagi menjamin kejayaan pemulihan ekonomi, selain usaha menangani krisis kesihatan.

“Malaysia diiktiraf sebagai berjaya mengurus pandemik dengan efektif dan bertanggungjawab.

“Kebijakan beliau yang mesra perniagaan berjaya mencipta pekerjaan dan kemakmuran untuk rakyat, sekali gus merancakkan aktiviti perniagaan serta pelaburan pasca pandemik,” katanya.

Tegas beliau, BERSATU adalah parti yang berakar dari identiti Melayu dan Bumiputera demi memelihara hak serta kedaulatan bangsa dan agama Islam.

Namun katanya, sebagai wadah politik yang berpandangan jauh ke hadapan, BERSATU juga mahu mendakap realiti Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama.

“BERSATU berani melakukan anjakan paradigma dengan meminda Perlembagaan Parti untuk meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang akan menyuburkan amalan

demokrasi di Malaysia,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dijangka meninggalkan BERSATU bagi mengikut jejak Zuraida menyertai PBM.

Bagaimanapun perkara tersebut dinafikan Muhyiddin yang menyifatkan ia sebagai desas-desus tidak berasas. - Getaran, 17 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Dipecat Daripada BERSATU, 2 ADUN Kedah Masih Kekal Dalam Jawatan - Sanusi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 2 tahun yang lalu

‘Kerajaan Sentiasa Terbuka Untuk Bincang Pinda Akta Lompat Parti’ - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 minit yang lalu

Idris Jala Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3, Lepaskan Peranan Hos Podcast 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad