web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laporan PAU 2020 Bernada Sendu, BERNAMA Terima Wahyu?

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2021 5:51PM

Perhimpunan Agung UMNO berlangsung selama dua hari bermula hari ini di PWTC, Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sejak sekian lama, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) tidak pernah ketinggalan memberi liputan menyeluruh secara terperinci, setiap kali Perhimpunan Agung UMNO (PAU) diadakan.

Ia selaras dengan peranan mereka sebagai agensi berita rasmi negara, yang antara lain bidang tugasnya mencakupi menyediakan berita untuk pelbagai syarikat media, termasuk di peringkat antarabangsa.

Justeru, apabila laporan membabitkan PAU 2020 kelihatan agak sendu, ia menimbulkan persoalan ramai kerana senario itu dianggap amat luar biasa.

Bukan BERNAMA namanya jika laporan disediakan tidak selengkap dari A hingga Z dan bukan BERNAMA namanya, jika acara penting seperti PAU seolah hanya dipandang sebelah mata.

Getaran cuba merisik khabar dan ternyata, agensi rasmi itu sudah diberi ‘arahan’ untuk tidak memberi perhatian kepada beberapa isu yang melatari arena politik negara.

Sumber BERNAMA yang enggan dikenali ketika dihubungi mengesahkan, pejabatnya sudah diberi ‘wahyu’ agar tidak menyiarkan sebarang laporan negatif berkisar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Katanya, mereka bebas untuk melaporkan segala laporan bersifat retorik perjuangan Melayu atau wadah perjuangan UMNO, asalkan ia tidak mengandungi unsur yang boleh dilihat sebagai mengecam atau menyelar kepimpinan BERSATU.

“Ya, betul la tu. Kami pun ‘pening’ untuk melihat apa yang perlu dilaporkan.

“Semua kena tapis sekarang, tak boleh sebarangan siar,” katanya.

Menurut beliau, larangan itu bagaimanapun tidak mencakupi kritikan atau kecaman diberikan terhadap parti lain di bawah panji Perikatan Nasional (PN) seperti PAS atau komponen Barisan Nasional (BN).

“Kalau nak siarkan kenyataan mengecam PKR pun boleh, tapi jangan (sentuh) BERSATU,” katanya.

Senario ini menimbulkan persoalan, apakah kerajaan PN amat takut dengan kebebasan media, sehingga mengambil tindakan sedemikian rupa, sedangkan UMNO juga adalah sebahagian parti di bawah naungan PN.

Aneh jika mahu difikirkan, bagaimana pihak yang mendakwa diri mereka sebagai cukup terbuka, boleh sewenangnya menentukan hala tuju laporan sesebuah agensi media.

Apakah benar, kebebasan media benar-benar wujud, atau ia hanya sekadar sandiwara semasa?

Hanya mereka jua yang boleh menjawabnya. – Getaran, 27 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keluarga Nahas Helikopter Sudah Baca Laporan, Reda Terima Ketentuan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Media Perlu Sebar Luas Berita Yang Benar, Bantu Peranan Agensi Agama - Mohd Na'im

4

Semasa 2 tahun yang lalu

The 1975 Pulang Sebelum Laporan Polis Diterima - Ayob Khan

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad