web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tak Takut Dipenjara, Hanya Desak PRU-15 Lebih Awal

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2022 11:22AM

Shahril Sufian Hamdan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan menyangkal dakwaan bahawa Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lebih awal kerana takut dipenjarakan.

Beliau berkata, tuduhan dilontarkan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor amat berat kerana permintaan Ahmad Zahid itu adalah demi pertimbangan strategik UMNO dan negara.

“Bila sahaja PRU berlangsung dan jika BN menang, apa yang cuba Datuk Seri Sanusi katakan? Bahawa disebabkan BN menang, tiba-tiba hakim akan dipaksa tukar fikiran?

“Kalau itu tuduhannya, sebut sahaja tanpa berselindung kerana itu tuduhan amat berat bukan kepada Ahmad Zahid tetapi terhadap integriti hakim dan institusi kehakiman negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Muhamad Sanusi dipetik sebagai berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih “satu atau dua pemimpin gila kuasa,” yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah berkata, dakwaan Ahmad Zahid bahawa PAS tidak berminat untuk mengadakan pilihan raya awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi adalah silap kerana negara mempunyai perkara lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Muhamad Sanusi berkata, Zahid yang kini berdepan perbicaraan kes rasuah bertegas mahu mengadakan PRU lebih awal kerana takut dipenjarakan.

Pada masa sama, beliau mendakwa Zahid juga mengadakan Perhimpunan Agung (PAU) Khas UMNO untuk menangguhkan pemilihan parti kerana takut kehilangan jawatan.

Dalam pada itu, sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Shahril menegaskan Ahmad Zahid hanya mahu partinya menang serta negara mendapat manfaat dari keadaan politik yang lebih stabil tanpa dibayangi sebarang persoalan berkenaan PRU.

“Apa pun, soal ini akan dibincangkan oleh Top 5 UMNO. Parti lain seharusnya tidak perlu masuk campur tentang perbincangan dalaman parti kami. Tambahan, tiada jaminan BN akan menang PRU.

“Sekarang pun, Perdana Menteri dari UMNO. Berdasarkan keputusan MKT UMNO, kalau BN menang, Perdana Menteri sama. Kes masih berjalan. Jadi apa kena mengena PRU awal dengan soal kes mahkamah? Suara yang menantikan PRU dan mandat baru ada dikalangan ahli parti dan rakyat. Mereka tiada kes mahkamah,” katanya.

Sebelum ini, Zahid menyindir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang Hadi kerana mendakwa hanya mereka yang kemaruk kuasa mahu pilihan raya diadakan dalam tempoh terdekat walaupun rakyat menghadapi pelbagai masalah ekonomi ketika ini.

Hadi berkata, beliau telah berulang kali menyatakan bahawa perkara lain lebih penting, seperti ancaman pandemik COVID-19. - Getaran, 12 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 5 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 1 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran