web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khidmat Isham Ditamatkan, Jawatan Tidak Termaktub Dalam Perlembagaan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jun 2022 4:10PM

Isham Jalil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan Isham Jalil sebagai Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor ditamatkan berkuat kuasa serta-merta, kerana jawatan itu dikatakan tidak termaktub di dalam Perlembagaan BN.

Memaklumkannya di Facebook, Isham turut melampirkan surat dari BN Selangor berhubung penamatan perkhidmatannya itu, yang ditandatangani Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman.

“Perjuangan kita belum selesai, oleh itu saya mohon agar tuan-tuan dan puan-puan meneruskan perjuangan dan usaha ini walaupun saya tidak lagi berada di kepimpinan BN negeri.

“Saya akan bantu sebaik mungkin dengan apa yang termampu walaupun tanpa apa-apa jawatan, dan berjuang sebagai ahli biasa seperti sebelum ini,” katanya hari ini.

Isham turut memanjangkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan berjuang bersamanya sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai memegang jawatan tersebut.

Beliau yang merupakan mantan pegawai khas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 31 Mei 2020 telah memaklumkan pelantikannya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor.

Isham yang memuat naik status di Facebook pada ketika itu berkata, beliau dilantik menyandang jawatan itu menerusi penyerahan surat lantikan.

Menjengah ke ruang komen, terdapat pengguna Facebook menyifatkan penamatan perkhidmatan Isham sebagai Ketua Penerangan BN Selangor itu sesuatu yang merugikan parti. - Getaran, 8 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad