Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Undi 18 Perlu Dilaksana Sebelum PRU15

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2021 12:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menuntut supaya kerajaan melaksanakan Undi 18 seperti yang dijadual pelaksanaan pada Julai 2021. 

Jika jaminan dan janji yang diumumkan di Parlimen oleh Menteri Undang-Undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini tidak ditunaikan maka Takiyuddin harus meletak jawatan dengan segera.

Pendirian itu dinyatakan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. 

"Majlis Presiden PH berpendapat jika Pilihan Raya Umum (PRU15) diadakan sebelum Undi 18 dilaksanakan, ia menjadi dosa terbesar kerajaan Perikatan Nasional (PN) terhadap 3.8 juta anak muda yang dinafikan hak untuk mengundi.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan PN perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan melaksanakan Undi 18 seperti yang dijadualkan iaitu pada Julai tahun ini,'' katanya.

Semalam, Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 tahun dijangka hanya boleh dilaksanakan selepas 1 Sept 2022 ekoran pelbagai kekangan dan isu yang menjejaskan perancangan serta persiapan awal pelaksanaannya. 

Abdul Ghani berkata SPR bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Menurut kenyataan tersebut juga, tindakan menangguhkan pelaksanaan Undi 18 itu secara jelas melanggar keputusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang meluluskan pindaan Perlembagaan bersejarah pada Julai 2019, bagi membolehkan warga negara berusia 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi dan menjadi calon dalam pilihan raya.

“Tindakan penangguhan ini secara terang-terangan membelakangkan suara rakyat Malaysia dan menafikan hak anak muda untuk memilih masa depan mereka.

“SPR mesti bertanggungjawab sepenuhnya di atas penangguhan ini yang merupakan satu kegagalan besar kerana melanggari perlembagaan Malaysia,” katanya.

Penggantungan Parlimen, kata kenyataan itu tidak harus disalahguna untuk membelakangkan perlembagaan dengan sewenang-wenangnya dan kegagalan ini mencerminkan satu kelompongan SPR yang tidak bebas, menyalahi perjalanan proses perundangan dan betapa lemahnya  dedikasi SPR terhadap semangat demokrasi.

“Kerajaan PN dan (Perdana Menteri) Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri tidak boleh mengelak dari turut bertanggungjawab di atas kegagalan besar ini yang mengundang kemarahan golongan muda yang menunggu peluang menggunakan hak mereka untuk mengundi,'' katanya. - Getaran 26 Mac 2021.

Sorotan

1

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

2

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

3

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

4

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

5

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

6

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

7

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Semasa 13 jam yang lalu

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Luar Negara 20 jam yang lalu

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB