web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bubar Parlimen: PM Ulangi Kenyataan Tidak Akan Lewatkan Walau Sesaat Jika BN Sudah Bersedia

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2022 6:15PM

Ismail Sabri - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak akan melewatkan walau sesaat pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Barisan Nasional (BN) sudah bersedia.

Beliau berkata ia adalah seperti mana yang telah dipersetujui dan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

“Saya sebutkan bahawa apabila kita sudah siap siaga, saya tidak akan melewatkan walau sesaat pun  untuk membubarkan Parlimen.

“Seperti yang telah dipersetujui oleh Perhimpunan Agung UMNO bahawa saya akan bincang dengan top five dalam UMNO.

“Dan hari ini, saya setuju kita akan bincang dengan kepimpinan BN dalam menentukan tarikh (pembubaran Parlimen),” katanya ketika berucap di Konvensyen BN bersempena sambutan ulang tahun ke-48 gabungan politik itu di sini hari ini.

Top Five merujuk kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mencadangkan tiga gerak kerja untuk dilaksanakan agar BN siap siaga menghadapi PRU15.

Ismail Sabri berkata gerak kerja pertama memerlukan parti itu untuk harus sentiasa berusaha mencapai budaya kerja kelas pertama iaitu berpasukan, berdisiplin dan kesetiaan kepada parti. 

“Pemimpin dan ahli BN yang setia bukanlah ada ketika senang sahaja namun tetap setia walau dilambung badai setinggi mana pun.

“Yang berada dalam dewan ini sudah teruji kesetiaannya. Seinci pun tidak berganjak dari parti walau berdepan dengan ugutan, tekanan, ancaman mahupun tawaran menggiurkan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi MIC Tan Sri S Vigneswaran, Pengerusi MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata elemen kedua dalam gerak kerja itu ialah memenangi hati rakyat dengan beliau sebagai Perdana Menteri akan memastikan dasar-dasar yang menguntungkan rakyat.

“Selain itu, perkhidmatan yang terbaik harus diberikan kepada rakyat. Kerajaan sentiasa cakna, mengambil berat, mencari inisiatif terbaik dan segera menyelesaikan masalah setempat,” katanya.

Beliau berkata elemen ketiga pula ialah merangka formula Strategi Kemenangan PRU15 yang memfokus kepada pemantapan jentera pilihan raya antara parti komponen.

Justeru, bersempena Konvensyen BN, Ismail Sabri berkata adalah penting untuk ikrar BN diperbaharui iaitu ikrar kepada rakyat keseluruhannya, ikrar untuk menjadi yang terbaik dan ikrar untuk meneruskan kelangsungan perjuangan memartabatkan negara tercinta Malaysia.

“Marilah kita sematkan dalam jiwa, dengan ikrar dan tekad penuh jitu, untuk memperkukuh kerjasama antara parti komponen.

“Kita juga perlu jauhi anasir-anasir luar yang sentiasa menanam bibit perpecahan sesama kita,” katanya. - Bernama  

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

2

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

3

Politik 1 tahun yang lalu

Peluang PN Cerah Di PRK Nenggiri - Penganalisis

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kesepakatan BN, PH Bolehkan Jentera Parti PRK Sungai Bakap Berjalan Lancar

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad