web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Amirudin Kedudukan Selesa, Bakal Duduki Kerusi Naib Presiden

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 9:28PM

Amirudin Shari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kekal pada kedudukan selesa setakat malam ini, dalam usaha merebut satu daripada empat kuota Naib Presiden PKR yang dipertandingkan pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau meraih 44,916 undi selepas kiraan selesai dilakukan di Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah dan Johor, dengan kelebihan lebih 14,000 undi bagi mengatasi pencabar terdekat iaitu Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Majoriti sokongan diterima Amirudin datang dari Selangor yang menyaksikan beliau meraih 26,373 undi.

Beliau adalah satu-satunya calon dilihat sehaluan dengan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang mengintai peluang untuk ‘menyambar’ jawatan Timbalan Presiden.

Baki tiga lagi calon bagi portfolio Naib Presiden PKR nampaknya bakal menjadi milik rakan ‘sekapal’ Rafizi Ramli, yang turut bersaing bagi merebut posisi Timbalan Presiden.

Nik Nazmi ketika ini meraih 30,045 undi, diikuti Ahli Parlimen Tanjung Malim, Chang Lih Kang (29,504) dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (28,504).

Bekas Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berada di kedudukan kelima dengan meraih 26,075 undi manakala bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil masing-masing memperoleh 23,793 serta 23,229 undi.

Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Sentosa, G Gunarajah pula berada pada kedudukan 10 teratas.

Jawatan Naib Presiden PKR kali ini ditandingi 17 calon.

Jika tiada sebarang keputusan mengejutkan, portfolio Timbalan Presiden PKR bakal menjadi milik Rafizi selepas beliau kekal mendahului saingan setakat ini. - The Vibes, 29 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

2

Semasa 1 tahun yang lalu

RM40 Juta Untuk Baik Pulih Kediaman Terjejas Di Putra Heights - MB Selangor

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas: Kerugian Dianggarkan RM65.4 Juta - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebakaran Saluran Gas Dipadam Sepenuhnya, 305 Mangsa Diselamatkan - Amirudin

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 25 minit yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

4 Rumah Musnah Kebakaran Di Taiping, Tiada Kemalangan Jiwa

oleh Sophia Ahmad