web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zuraida Masih Menteri Kabinet - PM

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2022 11:42AM

Ismail Sabri Yaakob bercakap pada sidang media sempena lawatan kerja rasminya di Tokyo hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan.

Ismail Sabri berkata Zuraida boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka bertemu kelak, bagi membolehkan beliau mendapat pencerahan mengenainya.

“Saya tak pecat, dia masih menteri Kabinet sehingga mesyuarat (Kabinet) Rabu ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu, di akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun.

Pada 26 Mei (Khamis) ketika Ismail Sabri berada di Jepun untuk lawatan kerja rasminya, media di Malaysia melaporkan Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida juga dilaporkan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri dan dilaporkan akan berjumpa Ismail Sabri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.

Ismail Sabri berkata beliau hanya mengetahui mengenai isu Zuraida melalui liputan media, dan Zuraida masih belum menghubunginya sehingga kini.

“Sebelum dia hubungi, jumpa saya, dia (Zuraida) masih menteri, sebab dia kata dia akan jumpa saya dan berbincang dengan saya. Jadi tunggu saya balik dulu, dia bincang dengan saya, baru kita buat keputusan,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau menghormati pelbagai pandangan berhubung Zuraida, namun keputusan akhir mengenai kedudukan Zuraida masih terletak pada perdana menteri.

Ditanya jika beliau akan menerima peletakan jawatan Zuraida selepas mereka bertemu kelak, Ismail Sabri berkata: “Saya tak nak cakap pasal ‘jika’ ini. Kita seberangi jambatan, baru kita buat keputusan. Sekarang jambatan pun tak nampak lagi.”

Ismail Sabri juga berkata sebarang perubahan pada Kabinet perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau ada pelantikan baharu, angkat sumpah, ia bukan satu perkara yang mudah. Saya mesti menghormati Agong,” katanya.

Ditanya adakah Kabinet pimpinannya masih utuh dengan tindakan Zuraida, Ismail Sabri berkata: “Tiada isu sangat.”

Menurutnya pandangan ‘orang luar’ mungkin menyangka Kabinet hari ini ‘kelam kabut’ kerana dianggotai pelbagai parti, namun sebenarnya anggota Kabinet sekarang akan meninggalkan segala perbezaan politik ketika membuat keputusan demi kepentingan negara.

“Bila masuk Kabinet, kita tinggalkan perbezaan contohnya di (pilihan raya negeri) Johor dan Melaka, kita tak bawa pun dalam Kabinet. Fokus kita dalam Kabinet adalah untuk kepentingan negara dan rakyat tanpa mengira parti mana, kita buat keputusan secara bersama,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Barisan Menteri Doakan Kesejahteraan Rakyat, Komited Terus Majukan Negara

3

Politik 3 tahun yang lalu

Hasrat Zuraida Kembali Sertai BERSATU Ditolak

4

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

oleh Amirah Abu Bakar