web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya ‘On’ Berdebat, Tak Perlu Ganggu Kit Siang - Steven

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 12:18PM

Steven Sim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim sedia berdebat dengan Datuk Seri Najib Razak selepas mantan Perdana Menteri itu, mencabar veteran DAP, Lim Kit Siang berbuat demikian.

Pemimpin DAP itu berkata, beliau sedia menggantikan Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkenaan yang sudah ‘cuci tangan’ daripada politik.

Malah, Steven menegaskan, beliau bersedia berdebat dengan Najib dalam bahasa Inggeris seperti dipelawa Ahli Parlimen Pekan itu.

“Najib nak debat, saya on (sedia). Saya rasa tak perlulah Kit Siang sambut benda ni. Dia kan dah bersara.

“Kalau Najib benar-benar ikhlas nak debat, ayuh, saya sambut. Dia ajak Kit Siang debat dalam Bahasa Inggeris, ok saya on! Datuk Seri dan saya, we debate in English (kita berdebat dalam bahasa Inggeris). Masa dan tempat, Datuk Seri sila kemukakan. Macam mana? Jangan pula nak hantar orang lain,” tulisnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Secara sinis, Steven berkata, ‘keterujaan’ Najib untuk berdebat adalah disebabkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berjaya membuka mata beliau untuk berbuat demikian.

“Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menginsafkan Datuk Seri Najib Razak pasal budaya berdebat. Saya masih ingat, dulu masa dia jadi PM, Najib kata debat bukan budaya kita.

“Sekarang lepas berdebat dengan Anwar, dia nak ajak Kit Siang berdebat pula. La ni kita debat. Najib, saya ‘tag’ Datuk Seri. Sedia?,” katanya.

Semalam, Najib menerusi hantaran di media sosial sama, mempelawa Kit Siang untuk berdepan bersamanya dalam Bahasa Inggeris.

Katanya, ia memandangkan Kit Siang selalu ‘meratib’ nama Najib walaupun sudah mengumumkan persaraannya dari pentas politik.

“Kononya dah bersara, tapi tiap-tiap hari ratib Najib, Najib, Najib, Malaysia bakal gagal dan menghasut/menipu rakyat. Pilihanraya di Filipina pun dia mahu kaitkan dengan saya.
Sekiranya bukan bersara, mau debat?

“Hari itu saya debat Anwar dalam Bahasa Malaysia tapi bagi Uncle (pakcik) saya tawar untuk debat kamu dalam Bahasa Inggeris. On (sedia)? Banyak yang saya nak tanya hang,” katanya. – Getaran 21 Mei 2022

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 minit yang lalu

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

oleh Sophia Ahmad