web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tiada Istilah Pilih Bulu Dalam PKR, Akar Umbi Tentukan Kepimpinan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2022 6:30PM

Christina (kiri) menyampaikan ucapan di Majlis Rumah Terbukan PKR Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Pemilihan PKR yang berlangsung esok sehingga 22 Mei ini, membuktikan demokrasi menjadi amalan parti diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Pengerusi PKR Sabah merangkap Ahli Parlimen Tawau, Datuk Christina Liew berkata, tiada istilah pilih bulu melatari dalaman parti itu, sebaliknya kuasa diberikan sepenuhnya kepada akar umbi bagi menentukan kepimpinan menerusi pemilihan berkenaan.

“Dijangka ramai ahli akan keluar mengundi, sama ada menerusi dalam talian atau secara fizikal pada 22 Mei nanti.

“Secara amnya, pertandingan antara dua hingga tiga penjuru di peringkat cabang, di seluruh negeri kali ini.

“Di Tawau misalnya menyaksikan persaingan tiga penjuru,” katanya.

Menurut Christina, ia bukan menggambarkan perpecahan, sebaliknya membuktikan amalan demokrasi dalam PKR yang memberi ruang dan peluang kepada akar umbi untuk memilih.

“Saya berharap pemilihan ini berjalan lancar dan dijangka insiden kekecohan yang pernah berlaku dulu, tidak berulang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kerusi Parlimen Tawau disandangnya, Christina berharap dapat mempertahankan kedudukan beliau.

“Sudah tentu saya berharap dan yakin boleh mempertahankan kerusi Parlimen Tawau berdasarkan kerja keras pasukan di sini.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada Presiden parti (Anwar) untuk menentukannya,” katanya.

Terdahulu, Christina meraikan lebih 120 tetamu dalam majlis Rumah Terbuka PKR peringkat Tawau, semalam. - Getaran, 12 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Rogol Anak Sulung, Guru Tuisyen Dipenjara 105 Tahun, 70 Sebatan

2

Semasa 3 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

3

Semasa 6 hari yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

4

Semasa 6 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad