web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMNO, Komponen BN Sokong Ismail Sabri Calon PM PRU15

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2022 8:17AM

Ismail Sabri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan UMNO untuk mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diterima baik para pemimpin UMNO serta pemimpin utama parti komponen Barisan Nasional (BN).

Antara menyokong ketetapan itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid sambil menyifatkan ia bukti parti berkenaan bergerak sebagai sebuah pasukan berhubung perkara utama.

Beliau berkata UMNO berterima kasih kepada Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan kerana telah memberi sokongan dan membawa perkara itu kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk disokong sebulat suara.

“MT secara konsensus dan sebulat suara setuju untuk sokong kenyataan bahawa Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

“Ini membuktikan kepada masyarakat Malaysia bahawa UMNO dalam satu pasukan dan perkara utama kepada semua individu dalam UMNO ini adalah melihat kepada keutamaan parti itu sendiri,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini semalam.

Terdahulu, berlangsung mesyuarat MT parti secara tertutup antara lain membuat ketetapan bahawa Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri bagi PRU15.

Mesyuarat juga mahu pembentangan Akta Anti Lompat Parti diteruskan dan disokong untuk diluluskan tanpa berkompromi dengan gesaan mana-mana pihak yang cuba menggagalkannya.

Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata keputusan itu adalah yang terbaik.

“Kalau keputusan dan tujuannya baik serta beri ruang dan peluang kepada Ismail Sabri untuk terus jadi PM selepas pilihan raya akan datang, maka terbaiklah,” katanya.

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata beliau menyokong setiap ketetapan diputuskan dalam mesyuarat MT itu termasuk cadangan mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15.

“Melihat kepimpinan Ismail Sabri ini satu kepimpinan yang menyerlah dan sebab itulah asas keputusan dibuat adalah berdasarkan faktor ini.

“Saya memang menyokong kerana melihat politik dan kerajaan dapat kita perkukuhkan.

“Saya yakin apa yang lebih penting adalah mengembalikan kegemilangan Barisan Nasional (BN) seperti sedia kala.

“Jadi saya rasa ini keputusan yang diterima baik dan akan memberi hala tuju jelas dan menunjukkan kesungguhan UMNO dan BN untuk kita menawan semula (kerajaan) dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

Ekonomi 1 hari yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

3

Semasa 2 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

4

Politik 5 hari yang lalu

‘Serang Rakan Dalam Kerajaan Perpaduan? Lebih Baik Anda Letak Jawatan’ - PM

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Sentimen Pengundi Melayu Di Negeri Sembilan, Johor Tak Boleh Dibandingkan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Operasi Banteras PATI Diperhebat, 109 Warga Asing Ditahan Di Ampang

oleh Sophia Ahmad