web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penangguhan RUU Anti Lompat Parti: Jawatankuasa Bincang Perincian Hari Ini - Fahmi Fadzil

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 10:29AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Pemandu Transformasi Dan Kestabilan Politik akan mengadakan mesyuarat berhubung penangguhan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti, hari ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah memaklumkan berhubung penangguhan pembentangan RUU tersebut semalam.

“Beliau (Wan Junaidi) turut memaklumkan bahawa ia adalah keputusan mesyuarat Kabinet.

“Jadi jawatankuasa pemandu akan mengadakan mesyuarat hari ini bagi meneliti perkara tersebut untuk mendapatkan gambaran penuh mengenainya,” katanya ketika dihubungi Getaran hari ini.

Fahmi bagaimanapun mengunci mulut dan menolak untuk mendedahkan butiran berhubung mesyuarat bakal diadakan tersebut.

“Jika ada perkembangan, kami akan memaklumkannya kelak,” katanya.

Semalam, Wan Junaidi mengesahkan bahawa Kabinet tidak bersetuju dengan cadangan RUU Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan dalam Dewan Rakyat pada Isnin depan.

Beliau berkata, RUU itu tidak akan dibentangkan dalam sidang khas Isnin ini, sebaliknya ia dihantar semula untuk kajian lanjut ke atas definisi ‘lompat parti’.

Bagaimanapun, menurut Wan Junaidi, sidang khas Dewan Rakyat tetap diteruskan pada Isnin ini dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat Parti itu dibentangkan kelak. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95