web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naikkan Had Umur Puteri Atau Hilang Ratusan Ribu Ahli - Perwakilan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 6:18PM

Puteri UMNO akan kehilangan 166,536 ahli jika had umur tidak dinaikkan. - Gambar hiasan oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perwakilan Puteri UMNO menggesa kepimpinan utama parti supaya menaikkan had umur keahlian sayap itu daripada 35 ketika ini kepada 40 tahun.

Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka, Nur Farhana Ab Ghani berkata, parti muda itu akan kehilangan ratusan ribu ahli sekiranya perkara berkenaan tidak dilaksanakan.

“Secara faktanya, jika pemilihan diadakan pada tahun ini dan UMNO masih tidak menaikan had umur Puteri kepada 40 tahun, kita akan kehilangan 166,536 ahli sayap ini.

“Tolong, tolong Tok Mat (Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan) pandanglah isu ini, naikkan had umur Puteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbahasan usul Puteri UMNO di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Gesaannya itu menerima sorakan daripada lebih 900 ahli Puteri yang menghadiri perbahasan pergerakan terbabit.

Pada masa sama, Nur Farhana berkata, golongan profesional dalam kalangan ahli Puteri harus diangkat sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

“Apa paling penting, ia (golongan profesional) boleh menjadi saingan kuat kepada parti lain, terutama Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA),” katanya.

Mengulas lanjut, Nur Farhana berkata, suasana PAU 2021 kali ini berbeza kerana UMNO masih merasai kemanisan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lalu.

Katanya, kejayaan itu bukan sahaja bagi negeri berkenaan, malah semua pihak yang bersama UMNO dan BN untuk memperjuangan parti serta rakyat.

“Jangan sesekali mudah lupa akan pahitnya kekalahan lepas, supaya kita tidak alpa dan leka. Ia menjadi pemangkin semangat agar terus bekerja keras dan membantu masyarakat selagi termampu,” katanya. - Getaran, 17 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ada Keperluan Perhalusi Had Umur Persaraan

2

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Rasmi : Nurul Amal Menang Jawatan Ketua Puteri UMNO

3

Politik 3 tahun yang lalu

Kita Kena Sanggup Dibedah Daripada Menderita ‘Stage 5’ – Zahida

4

Politik 4 tahun yang lalu

Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 45 minit yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad