web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelab UMNO Luar Negara Dilayan Kepimpinan Parti Seperti 'Anak Tiri'

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Mar 2022 5:37PM

Haziq Hafiz Himas - Gambar UMNO Online

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelab UMNO Luar Negara kecewa dengan sikap kepimpinan parti apabila mengabaikan kumpulan itu, susulan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Wakil Kelab UMNO dari Indonesia, Haziq Hafiz Himas menegaskan daripada 79 kelab dianggotai pelajar Malaysia di luar negara sebelum ini, hanya 20 orang masih kekal.

Beliau mengakui, ramai ahli meninggalkan kesatuan itu dan mula menyertai kelab ditubuhkan Pakatan Harapan (PH) ketika menjadi kerajaan pada tahun 2018.

“Kami sentiasa menyokong penuh inisiatif dalam mendekatkan anak-anak muda dengan kita. Namun menyedihkan saya hari ini, kelab UMNO Luar Negara dalam keadaan kritikal dan nazak. Kalau tak jaga, maka terkubur kami, hilanglah aset kita di luar negara nanti.

“Janganlah tinggalkan kami, jangan biarkan Kelab UMNO Luar Negara berjuang bersendirian menanggung beban ini sendiri. Tolonglah…bantu kami agar kelab parti kita ini akan berkembang di serata dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan perbahasan pada Perhimpunan Agung  UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Sebahagian perwakilan yang mendengar perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, di WCT, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman
Sebahagian perwakilan yang mendengar perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2021, di WCT, hari ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Dalam pada itu, jelasnya, sekiranya perkara berkenaan masih dipandang sepi, UMNO bakal kehilangan bakat pemimpin baharu yang akan menyertai blok pembangkang disebabkan kealpaan parti untuk menarik golongan terbabit.

Apa yang membimbangkan, Haziq Hafiz berkata, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang lebih dekat dengan hati anak muda, sudah mula mahu bertapak di luar negara.

“Bimbang kalau kita masih leka pikat hati mereka, orang lain akan pinang mereka. Biar putih tulang jangan putih mata. Jika kita sia-siakan, parti politik lain akan mengambil kesempatan. UMNO perlu segera memburu bakat-bakat berkualiti sebelum mereka ternoda dengan kelab parti lain.

“Justeru, saya membawa hasrat cukup besar mewakili suara ahli parti luar negara kerana kami tidak ingin rakyat luar negara terkapai-kapai dengan kepimpinan orang muda yang memadam sejarah kebaikan UMNO lakukan untuk negara,” katanya.

Lantaran itu, Haziq Hafiz mahu Kelab UMNO Luar negara diperkasakan agar mampu menjadi platform bagi membentuk pemimpin masa depan parti dan negara.

“Kalau kita lihat ramai pemimpin kita lahir daripada ‘kilang’ UMNO Luar Negara, seperti Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, Tan Sri Noh Omar, Tan Sri Annuar Musa dan ramai dalam kalangan Pemuda hari ini.

“Ini jelas membuktikan kelab UMNO ini masih relevan untuk melahirkan pemimpin masa depan, namun sejujurnya saya mahu tanya, adakah kami ini masih relevan di mata kasar parti.

“Kami juga impikan UMNO bersatu hati tanpa mengira biro mahupun kem dan identiti kita dengan satu tujuan bagi membina UMNO yang lebih baik untuk anak muda. Segala sokongan dan dorongan tidak kira dari segi wang ringgit mahupun kepakaran, itu penting buat kami demi kukuhkan kedudukan parti di luar negara,” katanya. - Getaran, 19 Mac 2022.
 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 8 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar