web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tidak Rasmi : Nurul Amal Menang Jawatan Ketua Puteri UMNO

Politik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2023 6:46PM

Nurul Amal Mohd Fauzi - Gambar Facebook Nurul Amal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi menang jawatan Ketua Puteri pergerakan itu dalam persaingan enam penjuru pada pemilihan yang berlangsung semalam.

Perkara itu disahkan pencabarnya, Fadwah Anuwar di Facebook. 

Menerusi hantaran itu, beliau menzahirkan ucapan tahniah kepada Nurul Amal dan Naib Ketua Puteri UMNO Siti Sokhleha Nordin atas kemenangan mereka menguasai jawatan tertinggi sayap UMNO berkenaan. 

Fadwah turut melahirkan harapan agar kepimpinan baharu Puteri UMNO dapat melaksanakan pelbagai strategi dan kaedah, demi menarik hati anak muda untuk kembali menyokong parti terbabit. 

"Kepada Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal dan Naib Ketua Puteri, Siti Sokhleha, jutaan tahniah saya ucapkan. 

"Pimpin dan jagalah Puteri UMNO ini sebaiknya. Jadikanlah sayap ini pilihan utama pengundi muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) nanti," katanya, hari ini. 

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Nurul Amal yang lebih dikenali sebagai Along mendapat 76 undi, menewaskan pencabarnya, Fadwah; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan EXCO Puteri, Dr Masliha Harun.

Turut tewas Setiausaha Puteri, Nurul Hazwani Haslan serta Ketua Puteri UMNO Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin.

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Puteri dimenangi EXCO Puteri, Siti Sokhleha Nordin dengan 97 undi, menewaskan EXCO lain, Puteri Farhana Megat Ahmad Shahrani dan Ketua Puteri UMNO Mersing, Rina Farhana Abdullah.

Bagi jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalannya serta EXCO Puteri, belum ada sebarang kemas kini terbaharu mengenainya setakat ini. 

Dalam pada itu, Fadwah berkata, kekalahan itu bukan titik noktah untuk beliau bersara dalam arena politik. 

Jelasnya, ia akan dijadikan pengalaman untuk memperbaiki kelemahan diri dalam mematangkan dirinya menjadi ahli politik yang lebih berintegriti. 

"Walaupun tewas dalam pemilihan ini tapi sedikit pun tidak mematahkan semangat saya. Bersara dalam politik? Tidak...banyak lagi yang saya nak kongsikan, cari pengalaman serta memperbaiki kelemahan diri. 

"Politik itu jiwa saya.Tidak berada dalam mainstream tak bermakna saya tidak boleh membantu. Ada 1001 cara lagi. Jadi, tenang dan jalan terus," katanya. 

Sehubungan itu, beliau menzahirkan penghargaan kepada ahli yang mengundinya bagi menduduki jawatan orang nombor satu sayap UMNO berkenaan.

"Kepada semua perwakilan yang memilih saya, ucapkan jutaan terima kasih kerana memberi kepercayaan. Tak mampu untuk saya balas jasa kalian, saya berdoa semoga Allah membalas segala kebaikan. 

"Sesungguhnya,inilah pengalaman paling mahal dalam hidup saya.Takkan saya lupa sampai bila-bila," luahnya. - Getaran, 12 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

2

Politik 3 minggu yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

3

Politik 4 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

4

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

Sorotan

1

Syed Saddiq Tamatkan Larian Kesyukuran Amal Sejauh Hampir 170 Km, Kutipan Dana Lepasi Sasaran

2

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

3

Ribut Di Lembah Klang Ragut 1 Nyawa, Banjir Kilat Landa Petaling Jaya

4

PRN Negeri Sembilan: Kemenangan Di Johor Tidak Boleh Dijadikan Penentu Kejayaan BN - Johari 

5

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

6

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Rosmah Mohon Doakan Najib Menjelang Prosedur Perubatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Kucing Masih Hidup Ditemui Bawah Runtuhan Gempa Bumi, Jadi Simbol Harapan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar