web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Khairuddin Umum Keluar PAS Berkuat Kuasa Hari Ini

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:24PM

Mohd Khairuddin Aman Razali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengumumkan berhenti menjadi ahli PAS berkuat kuasa hari ini.

Menurut beliau, keputusan tersebut adalah selaras dengan Perlembagaan parti iaitu keberhentian ahli dengan permintaan sendiri.

Katanya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam pertemuan di Parlimen pada jam 2.30 petang tadi.

“Merujuk kepada Perlembagaan PAS Fasal 15 (1)(a) Keberhentian Ahli dengan permintaan sendiri.

“Maka saya pemegang nombor keahlian PAS 313899 memohon untuk berhenti daripada menjadi ahli PAS,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Susulan keputusan itu, beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.

“Saya Ahli Parlimen Bebas. Agak berat saya memohon berhenti daripada PAS tapi itu peruntukan Perlembagaan yang ada, iaitu memohon berhenti sendiri. Itu ada dalam Perlembagaan.

“Saya akan menyerahkan semua elaun bulanan sebagai Ahli Parlimen pada waktu berbaki sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kepada PAS sebagai memenuhi bai’ah yang dibuat ketika bertanding pada pilihan raya,” katanya.

Mohd Khairuddin bagaimanapun masih mengambil pendekatan mengunci mulut ketika ditanya alasan berbuat demikian.

“Alasan berhenti daripada PAS, sukar untuk dijawab. Saya sayangkan PAS. Saya kekal PAS, Insya Allah tapi bukan sebagai ahli berorganisasi, kekal sebagai matlamat perjuangan, dasar, tujuan dan sebagainya Insya Allah.

“Saya doakan PAS maju jaya sebagai parti yang membawa agenda Islam dan sebagai Muslim, saya akan terus perjuangkan dasar PAS iaitu Islam dan seruan PAS, Allahu Akbar,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga menyeru semua ahli PAS agar terus istiqamah dengan perjuangan PAS dan terus memperjuangkan Islam menerusi wadah parti itu.

Pada 21 Februari lalu, beliau turut mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama (MSU) PAS.

Menurut beliau, peletakan jawatan itu dibuat sewaktu menghadiri mesyuarat MSU yang diadakan secara hibrid pada malam tersebut.

“Pada mesyuarat berkenaan, saya mengumumkan peletakan jawatan atau pemberhentian sebagai Setiausaha MSU berdasarkan peruntukan Perlembagaan PAS Fasal 8(7). - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan