web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRU Bersifat Dinamik, BN Jangan Terlalu Selesa

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 9:00AM

Sikap berasa selesa akan menyebabkan BN terperangkap dengan perubahan luar jangka. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) tidak boleh terlalu selesa selepas menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, memandangkan senario politik Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bersifat dinamik, malah mampu berubah dengan cepat.

Penganalisis politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sikap itu akan menyebabkan parti terbabit terperangkap dengan perubahan luar jangka, termasuk risiko sekiranya pembangkang bergabung pada pilihan raya umum berkenaan.

Katanya, kesan terbabit dapat dilihat pada PRU-14 apabila BN terlalu yakin bahawa strategi digunakan ketika itu mampu memberi kemenangan seperti diraih sebelumnya, namun akhirnya ‘kantoi’ apabila kalah besar.

“BN boleh gembira sebab menang pada PRN Johor, tetapi mereka (BN) perlu ada strategi untuk menang PRU-15 sebab jika menggunakan taktik sedia ada, ia banyak bergantung kepada ketidaksepakatan pembangkang. Katakanlah pembangkang bersepakat, itu akan jadi cerita lain.

“Kemenangan BN pada PRN bukan jaminan utama parti itu boleh menang PRU-15. Walaupun sekurang-kurangnya mereka sudah tunjukkan kemampuan ketika PRN, dalam PRU-15 nanti dinamik politik berbeza dan selalunya memang lain,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mohd Azizuddin berkata, banyak lagi persoalan harus dilihat bagi menentukan kemampuan mana-mana parti, termasuk BN untuk memenangi PRU-15.

Jelasnya, ia termasuk perlu mengkaji pelbagai perkiraan dan analisa untuk melihat jenis serta perbezaan senario bakal dihadapi menjelang PRU-15.

Menurut beliau, perkiraan dan kajian itu juga harus melihat sama ada kadar keluar mengundi pada PRU berkenaan nanti tinggi atau sebaliknya, serta berapakah jumlah peratusan terbabit, malah kesan akan dihadapi parti.

Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

“Walaupun biasanya tinggi, nak tahu berapa tinggi atau adakah pengundi ini akan menyokong parti mana. Jika pecah undi tidak menjamin juga kerana mesti BN masih boleh menang.

“Banyak perkiraan kena kaji. Perkiraan apakah akan berlaku, kalau senario A macam mana, senario B macam mana dan senario C macam mana, banyak analisa kena dibuat,” katanya.

Ditanya adakah faktor kekalahan pembangkang, terutama parti besar seperti PKR disumbangkan Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mungkin sudah kurang relevan dan semakin ditolak rakyat, Azizuddin tidak bersetuju kerana menyifatkan situasi itu bukan berkaitan mana-mana tokoh.

Beliau berkata, kekalahan itu lebih disumbangkan perpecahan dalaman parti pembangkang, sekali gus memberi kelebihan undi popular kepada BN.

Sekiranya diperhatikan kelmarin, katanya, peratusan undi popular diperoleh BN hanya 43 peratus, manakala pembangkang mendapat 57 peratus, justeru jika parti lawan bersatu ia pasti berhasil meraih kemenangan.

“Kiraan saya kelmarin ada dalam 20 kerusi mereka (pembangkang) boleh menang, sebab majoriti mereka dapat tak cukup 50 peratus sokongan.

“Memanglah tempat (Johor) kubu kuat BN sebab kerajaan sebelum ini BN, jentera paling kuat BN, jumlah pengundi tegar BN besar dan banyak kawasan mereka. Apa yang menarik saya tengok kelmarin juga jumlah keluar mengundi BN itu, hampir sama dengan peratusan masa PRU lalu,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kemenangan 2/3 parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu jelas kerana kelemahan pembangkang yang tidak bersatu.

“Mereka (pemimpin pembangkang) tidak mahu bersatu kerana politik masing-masing, jadi jika nak salahkan Anwar, kena juga salahkan pemimpin pembangkang lain, termasuk Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan beberapa lagi,” katanya. - Getaran, 14 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

Politik 2 minggu yang lalu

‘Bising’ MUDA Guna Gambar Syed Saddiq Untuk Kempen, PH & BN Takut Bayang-Bayang Sendiri?

3

Politik 1 tahun yang lalu

YB Awie Ikrar Berkhidmat Tanpa Kira Warna Politik

4

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Sukan 12 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad