web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BN Lancar Manifesto PRN Johor, Tampil 5 Teras Utama

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2022 7:05PM

Hasni (dua dari kiri) dan Mohamad (dua dari kanan) menunjukkan buku Ikhtiar BN Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) melancarkan manifesto bertemakan Ikhtiar BN Johor Untuk Kestabilan Masa Depan, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi BN negeri merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, manifesto yang dikenali sebagai Ikhtiar BN Johor itu merangkumi lima teras utama.

Menurut beliau, teras pertama adalah Kemajuan Ekonomi yang menjanjikan kehebatan ekonomi Johor sebagai penyumbang tertinggi kepada pelaburan keseluruhan Malaysia dikembalikan dalam tempoh lima tahun.

“Teras kedua atau ikhtiar kedua BN adalah tentang Kesejahteraan Rakyat, iaitu usaha merapatkan jurang ekonomi dan pendapatan golongan sasar, juga dalam tempoh lima tahun.

“Usaha membangunkan potensi generasi muda Johor dan mencipta peluang untuk golongan berkenaan pula dimasukkan sebagai teras ketiga,” katanya ketika berucap pada majlis Pelancaran Ikhtiar BN Johor di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Hasni berkata, ikhtiar keempat dan kelima masing-masing mencakupi Pentadbiran Berintegriti serta Reformasi Politik, untuk memastikan integriti serta kebertanggungjawaban jentera kerajaan dapat dibudayakan secara serius.

Ia juga katanya, adalah sebahagian daripada usaha memupuk naratif politik baharu yang matang bagi menjamin kestabilan masa depan rakyat dan negeri.

Sementara itu pada sidang media Hasni berkata, inisiatif yang disenaraikan dalam manifesto itu bukan satu janji, tetapi jaminan untuk disampaikan kepada rakyat Johor bahawa BN tidak akan berlengah-lengah dalam memikul tugas dan melaksanakan amanah diberi.

“Semua inisiatif sudah tersedia, programnya juga sudah disusun, bidang dan sektor yang harus diberi tumpuan sudah dikenalpasti, malah kepakaran yang perlu untuk membentuk, merangka sama ada pelan digital, pelan jaminan bekalan makanan atau menaik taraf aspek kesihatan rakyat telah dirangka dan hanya menunggu kerajaan baharu ditubuhkan untuk dilaksanakan lima tahun akan datang,” jelasnya.

Dalam sidang sama Mohamad pula meluahkan harapan untuk melihat ikhtiar itu yang juga usaha untuk membangunkan kesejahteraan dan ekonomi negeri Johor, berhasil dalam memberikan semula mandat pentadbiran kepada BN.

“Ini bukan janji-janji cuma hendak memenangi hati rakyat, memujuk, tetapi akhirnya kita tidak buat.

“Kita harap supaya ia jelas dan rakyat Johor akan dapat menilai apa ikhtiar yang dirancang dan seterusnya BN akan terus bekerja selepas pilihan raya untuk menstabilkan keadaan politik dan memakmurkan rakyat Johor,” katanya. - Getaran, 1 Mac 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman : Keluar Undi Esok, Buat Pilihan Terbaik - Calon BN

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 16 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad