web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Xavier Keluar PKR Cetus Persoalan - Saifuddin Nasution

Politik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 9:03PM

Saifuddin Nasution Ismail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Datuk Dr Xavier Jayakumar meninggalkan  Parti Keadilan Rakyat PKR menimbulkan persoalan, apatah lagi selepas beliau memutuskan untuk menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).  

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Xavier adalah sosok yang sudah dikenalinya sejak sekian lama, justeru beliau dapat mengesan kejanggalan pada kenyataan dibuat lelaki itu hari ini.

Menurut beliau, daya tahan seseorang ketika diuji adalah perincian utama yang membezakan seorang reformis tulen dengan golongan sebaliknya.

"Sekali lagi saya menggesa agar semua Ahli Parlimen di bawah payung PKR untuk kekal teguh dan istiqamah, dengan berpegang kepada prinsip serta landasan perjuangan reformasi.

"Jangan sesekali tunduk dengan umpan habuan dan ugutan," katanya menerusi ciapan di Twitter, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, pengunduran Xavier mengukuhkan dakwaan bahawa sememangnya wujud usaha terancang oleh kerajaan minoriti dalam meraih sokongan ahli parlimen dari blok pembangkang.

"Ia mencakupi beberapa perlakuan, termasuk menggunakan umpan atau ugutan,  dan pembabitan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu itu berkata, Xavier pernah memaklumkan kepada pimpinan PKR sebelum ini bahawa dirinya menjadi sasaran SPRM.

"Xavier baru-baru ini bertemu pimpinan PKR dan memaklumkan bahawa pihak SPRM menjadikan dirinya menjadi sasaran siasatan, setelah agensi terbabit sebelumnya menahan setiausaha politik, pembantu peribadi dan beberapa kenalan beliau berkait satu kes yang sedang berjalan.

“Menurut Xavier, beliau turut didesak oleh seorang menteri kanan untuk menyokong kerajaan PN atau berdepan akibat yang serius jika enggan berbuat demikian," dakwa Saifuddin lagi.

Perkara dihadapi Xavier tegas Saifuddin, jelas membuktikan penyalah gunaan kuasa, ketika ada kes lain seolah-olah terbiar tanpa tindakan lanjut.

“Amat jelas kerajaan minoriti hari ini berselindung di sebalik alasan darurat untuk menggantung Parlimen, tetapi pada masa sama, berusaha mendapatkan sokongan lebih ramai Ahli Parlimen dengan cara menggunakan agensi tertentu melalui taktik umpan, habuan, tekanan dan ugutan.

PKR dan Pakatan Harapan, jelas Saifuddin, akan kekal dengan hala tuju mempertingkat persiapan menuju PRU15, dan pada masa sama berusaha mengembalikan mandat rakyat, sesuai kerangka undang-undang dan perlembagaan.

Awal hari ini, Xavier mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, berkuat kuasa serta merta. - Getaran, 13 Mac 2021

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad