web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MUDA Belum Cukup Kuat Tawan Johor, Laluan Berliku Jika Bergerak Solo

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2022 9:00AM

Nama Syed Saddiq sebagai presiden MUDA menjadi antara topik hangat diperkatakan rakyat Malaysia muktahir ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas mengumumkan penyertaan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, nama presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi antara topik hangat diperkatakan rakyat Malaysia muktahir ini.

Manakan tidak, belum pun tarikh mengundi diumumkan, Ahli Parlimen Muar itu sudah menjadi serangan pihak tertentu di media sosial.

Beberapa hari lalu, pelawak Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro berkongsi sebuah klip video temu bual bersama beberapa penduduk Muar yang kecewa dengan prestasi Syed Saddiq.

Video klip berdurasi 1 minit 27 saat itu yang tular di Twitter turut disertakan dengan tanda pagar #JanganTerpedaya dan #FakeSaddiq.

Namun lain diharapkan lain pula yang berlaku, apabila netizen tampil mempertahankan Syed Saddiq dan akhirnya Shahrol yang juga Exco Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Johor teruk dikecam.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter turut mendakwa Syed Saddiq memiliki sebuah banglo dilengkapi kolam renang mudah alih.

Namun dakwaan itu dinafikan beliau yang tampil mendedahkan, banglo terbabit hanyalah sebuah rumah sewa.

Serangan demi serangan itu jelas membuktikan parti lawan melihat MUDA sebagai cabaran kepada mereka untuk memikat hati pengundi muda di Johor.

Berdasarkan sokongan diterima Syed Saddiq, sebagaimana dapat dilihat di media sosial, ia memberi bayangan awal bahawa MUDA boleh melakukan kejutan pada PRN Johor.

Begitu pun persoalan ke mana arah sokongan lebih 700,000 pengundi baharu masih lagi menjadi tanda tanya.

Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berpendapat, MUDA sudah tentu akan memberi saingan sengit kepada parti lain yang bertanding pada PRN Johor.

Dr Jamaie Hamil
Dr Jamaie Hamil

Namun beliau tidak melihat MUDA yang baharu beberapa bulan sahaja didaftarkan sebagai sebuah parti politik di negara ini, berpeluang menguasai DUN Johor.

“Peluang MUDA untuk menang dan menguasai DUN Johor bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu hampir tidak masuk akal. Saya jawab berdasarkan sejarah masa lampau.

“Kebiasaannya parti baharu ditubuhkan sukar dapat peluang untuk menang kecuali seperti apa yang berlaku di Sabah, apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) akhirnya memenangi PRN di negeri itu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Jelas beliau, walaupun MUDA dilihat akan menguasai kempen di media sosial, pelbagai faktor menjadi penentu kemenangan sesebuah parti pada PRN Johor.

“Dari segi kempen media sosial sudah tentu mereka lebih menyerlah tetapi saya tidak nampak sejauh mana MUDA boleh memberi kejutan untuk menang di PRN Johor.

“Dalam PRN ini bukan pengundi muda sahaja jadi faktor penentu kemenangan. Ada banyak faktor lain antaranya undi golongan pertengahan, warga emas, calon bertanding dan juga isu semasa,” katanya.

Atas sebab itu, Jamaie berkata, MUDA akan mengambil masa untuk mengukuhkan kedudukan mereka di pentas politik tanah air.

“Jadi sebagai sebuah parti baharu, saya fikir MUDA mungkin mengambil masa 10 atau 20 tahun lagi untuk diterima pengundi,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Kartini Aboo Talib turut senada dengan Jamaie berhubung perkara itu.

Beliau berpendapat, peralihan sokongan pengundi terhadap MUDA memerlukan masa memandangkan parti itu merupakan pilihan baharu kepada mereka.

Profesor Dr Kartini Aboo Talib
Profesor Dr Kartini Aboo Talib

“Untuk pengundi beralih sokongan secara total dari Barisan Nasional (BN)-UMNO atau BERSATU ke MUDA, saya kira akan mengambil masa.

“Bukan mudah meraih kepercayaan pengundi-pengundi di Malaysia yang terbahagi kepada masyarakat intra dan inter-etnik dengan kohort umur berbeza, kerana pengundi berusia 35 tahun ke atas masih mendominasi populasi pengundi berbanding 25 tahun ke bawah,” katanya.

Namun Kartini berkata, kemampuan parti itu tidak patut dipandang sebelah mata kerana mereka begitu cekap dalam penggunaan media sosial yang amat dekat di hati orang muda.

“MUDA kini dikatakan mempunyai ramai penyokong dari golongan belia. Undi 18 juga dimaklumkan mempunyai pengundi berdaftar lebih 700,000 di Johor.

“Peluang MUDA untuk terus mengukuh dilihat sangat baik di Johor dan di seluruh negara. Tambahan pula, mereka arif dalam penggunaan media sosial,” katanya.

Jelas beliau, dalam era kemajuan teknologi maklumat dan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), mana-mana parti yang berjaya menguasai media sosial berupaya meraih sokongan daripada golongan belia.

Menurut beliau, sekiranya MUDA mahu mencipta kejutan di PRN Johor, parti itu tidak boleh bergerak bersendirian.

“Menang bersendirian agak sukar kerana parti baru, jentera parti belum cukup kuat untuk pergi berkempen dan bertanding di 56 DUN.

“Lebih baik bekerjasama dengan parti yang kuat. Pengundi belia juga sifatnya heterogenous dan tidak semua menyokong MUDA,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ketat pada PRN Johor mungkin mendorong pengundi muda tidak keluar mengundi.

“Orang muda ada sedikit sikap culas terutama kena bangun awal pagi, keluar beratur untuk mengundi.

“Pola sikap mereka ialah sangat dekat dengan smartphone, tidur lewat malam dan sukar bangun pagi, malah SOP ketat semasa mengundi mungkin menjadi faktor mereka tidak keluar mengundi melainkan platform mengundi dilakukan secara sistematik, mudah dan selamat secara online.

“Dengan cara ini, orang muda akan menguasai senario politik negara.

“Namun jika pengundi belia memaksimakan penyertaan mereka menerusi undi, nilai setiap undi akan menjadi penentu kemenangan calon berdasarkan prinsip majoriti mudah,” katanya. - Getaran, 4 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Institusi Diraja Kekal Berkecuali - Istana

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas 6 Maut Di Karak, PM Zahir Ucapan Takziah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Pihak Hina Institusi Diraja Negeri Sembilan Perlu Dikenakan Tindakan - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad