web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MUDA Terbuka Untuk Semua, Tiada Had Usia, Kaum Dan Agama

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 6:02PM

Anggota parti MUDA membantu membersihkan kawasan yang dilanda banjir, baru-baru ini. - Gambar dari Twitter @partimuda

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), boleh disertai pelbagai bangsa dan agama tanpa sebarang had usia, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurut beliau, ahli juga dibenarkan bertanding untuk merebut jawatan tertinggi dalam parti.

“Kita akan mengadakan pemilihan parti sendiri dan sesiapa juga boleh bertanding untuk jawatan tertinggi.

“MUDA untuk semua bangsa dan agama. Untuk yang hidup di tengah kota raya dan pinggir desa. Untuk tua dan muda,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 23 Disember lalu, MUDA didaftarkan secara rasmi, selepas lebih setahun berjuang mendapatkan kebenaran beroperasi daripada Pertubuhan Pendaftaran (RoS).

“MUDA setakat kini telah menerima lebih 60,000 pendaftaran ahli dan dijangka angka tersebut terus bertambah,” katanya.

Mahkamah Tinggi pada 13 Disember lalu mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan MUDA didaftarkan sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari dan membayar kos guaman sebanyak RM10,000.

MUDA sebelum ini mengheret kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri dengan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang menolak rayuan kumpulan itu untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik. - Getaran, 3 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Armada: Syed Saddiq Dipenjara 7 Tahun, Denda RM10 Juta, 2 Sebatan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Luar Negara 10 jam yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

oleh Wartawan Getaran