Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anwar Masih Relevan Dalam Politik Negara, Ada Pengikut Tersendiri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2021 8:03PM

Anwar beramah mesra dengan penduduk DUN Rim sempena PRN Melaka baru-baru ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sememangnya tidak dijangka apabila parti itu hanya memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kawasan ditandingi.

Lebih mengejutkan, kemenangan itu hanya disumbangkan DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH), masing-masing berjaya menawan empat serta satu DUN, bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipimpin tokoh politik terkemuka negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaik keputusan diumumkan, timbul persoalan bagaimana PH mampu tewas di tangan Barisan Nasional (BN), walhal pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 (PRU-14), parti terbabit memenangi negeri berkenaan selepas menakluk 15 kerusi DUN, berbanding 13 diperoleh parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Di sebalik keadaan itu, wujud beberapa dakwaan menerusi ruangan ‘Trending di Malaysia’ di Twitter atas nama Anwar dan DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) sejak malam tadi yang mendakwa, beliau sudah tidak lagi relevan sebagai ahli politik.

Malah, mereka mendakwa kemenangan parti terbabit pada PRU-14 adalah disumbangkan faktor ‘wow’dimiliki bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menyokong perjuangan PH.

Dakwaan itu turut mengatakan, Ahli Parlimen Port Dickson berkenaan sudah tidak memiliki kredibiliti sebagai ahli politik berpengaruh dan menyarankan beliau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PH demi kebaikan masa depan parti serta negara.

Menjawab dakwaan itu, Penganalisis Politik yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, kenyataan berkenaan tidak tepat kerana Anwar adalah pemimpin yang masih relevan dan memiliki pengaruh tersendiri dalam arena politik negara.

Katanya, Anwar juga mempunyai sokongan daripada pengundi, malah kredibiliti Anwar sebagai pemimpin nombor satu PH masih ada apabila parti itu memenangi lima kerusi PRN Melaka, termasuk di kawasan penduduk Melayu yang ditandingi calon AMANAH, Adly Zahari.

“Jadi kalau orang kata Anwar tidak relevan, saya fikir tidak begitu, hanya Anwar ini dia kurang sokongan, tetapi masih ada (sokongan).

“Cuma orang Melayu tak ramai sokong dia, manakala pengundi di kawasan majoriti bukan Melayu menyaksikan PH menang banyak, maksudnya Anwar relevan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Mazlan berkata, berdasarkan pemerhatian dan kajian dilakukannya, beliau merumuskan kekalahan PH pada PRN Melaka disumbangkan beberapa faktor, termasuk ramai pengundi Melaka berada di luar, manakala pengundi atas pagar pula tidak turun mengundi.

Jelasnya, situasi pengundi Melayu tidak menyokong Anwar kerana mendakwa beliau pemimpin liberal dan terpalit dengan kesalahan tingkah laku turut menyebabkan PH kalah, manakala PKR gagal memenangi sebarang kerusi DUN.

Beliau berkata, masyarakat Melayu sememangnya tidak boleh menerima atau sukar berkompromi dengan perbuatan tidak bermoral seperti itu.

Pada masa sama Mazlan berpendapat, BN bernasib baik kerana memiliki penyokong setia dalam kalangan penduduk kawasan tempatan yang menyumbang kepada 60 peratus keluar mengundi.

BN, katanya, turut memiliki kelebihan apabila dianggap mampu membawa kestabilan disebabkan sudah lama memerintah, berbanding PH, terutama dalam situasi rakyat yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil.

“PH bergantung kepada pengundi luar, atas pagar dan lebih muda, jadi apabila mereka ini ramai tidak mengundi, sememangnya memberi kelebihan kepada UMNO yang mempunyai pengundi tradisional tempatan, orang tua serta dewasa menetap di kawasan berkenaan.

“Dahulu (PRU-14), peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus dan PH menang sebab pengundi luar dan atas pagar ini balik mengundi. Malah ketika itu, Dr Mahathir menyokong PH dan berjaya menarik 13 ke 15 peratus pengundi Melayu, tetapi sekarang apabila Pengerusi Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) itu tidak memberikan sokongan, pengundi Melayu lari,” katanya.

Ditanya mengenai kemenangan Perikatan Nasional di dua kerusi DUN, Mazlan menganggap kejayaan itu adalah pencapaian membanggakan bagi sebuah parti yang baharu.

“Pandangan saya, imej ‘abahku’ dibawakan PN memang berjaya sebab kita tengok selain berjaya merebut dua kerusi, banyak kerusi DUN lain parti ini memperoleh undi tinggi, termasuk berada dalam kalangan tiga undi popular selepas BN dan PH.

“Itu menunjukkan gabungan ini mempunyai masa depan dalam pilihan raya, malah boleh memberi saingan di kawasan Melayu, ada penyokong tersendiri,” katanya.

Keputusan PRN Melaka semalam menyaksikan BN menang besar apabila berjaya menakluk 21 kerusi DUN, manakala PH yang menggabungkan PKR, DAP, AMANAH dan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) memenangi lima kerusi DUN, sementara PN hanya mampu menguasai dua kerusi DUN. - Getaran, 21 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Akan Berkompromi Dengan Tindakan Melampau, Jejas Kestabilan Negara

2

Semasa 4 hari yang lalu

‘Terima Kasih PMX, Allah Sahaja Yang Dapat Membalas’ - Nadir Al-Nuri

3

Semasa 4 hari yang lalu

Kerajaan Akan Terus Pantau Situasi Di Asia Barat - PM

4

Semasa 5 hari yang lalu

Kerajaan Pantau Rapat Situasi Di Iran - Anwar

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

Semasa 4 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Sukan 23 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber