web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terima 2 Calon Katak Akhirnya Makan Diri, PH Perlu Ubah Strategi - Pakar

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 10:51PM

Idris Haron - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Pakatan Harapan (PH) menurunkan dua calon ‘lompat katak’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini akhirnya memakan diri apabila mereka tewas di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan dan Pantai Kundor.

PH mempertaruhkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (PKR) di DUN Asahan manakala Datuk Nor Azman Hassan (AMANAH) pula bertanding di DUN Pantai Kundor.

Menurut Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani, kekalahan di dua DUN tersebut memberi isyarat kepada PH supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan calon selepas ini.

“Walaupun peluang Idris Haron untuk menang itu ada, tapi jelas rakyat menolak calon yang mengkhianati parti.

“Ini satu peringatan kepada PH bahawa tindakan lompat-melompat tidak diterima rakyat di negeri itu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani
Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani

Melihat kepada trend pengundian di PRN Melaka, Mohd Azizuddin berkata majoriti rakyat lebih memilih parti berbanding calon yang diketengahkan.

“Walaupun Datuk Nor Azman pernah menang di kerusi DUN Pantai Kundor dan Datuk Seri Idris Haron pula calon tempatan yang juga bekas ketua menteri Melaka, nampaknya pengundi lebih memilih parti.

“Pengundi masih setia menyokong parti berbanding calon itu sendiri. Lagipun PH mengharapkan pengundi luar ramai balik mengundi tapi sebaliknya berlaku,” katanya.

Ekoran kekalahan tersebut, Mohd Azizuddin berkata PH perlu mengubah strategi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Memang apa yang diperjuangkan PH selama ini (membantah tindakan lompat parti) tapi mereka sendiri yang langgar dan kesannya dapat kita lihat pada keputusan dua calon ‘lompat katak’ itu.

“Sudah tentu mereka perlu ubah strategi pada PRU-15. Ini membuktikan rakyat tidak sesekali menerima pemimpin melompat parti yang bertanding di PRN Melaka,” katanya.

Farzana Hayani
Farzana Hayani

Mengulas mengenai Farzana Hayani Mohd Nasir, calon muda PH yang bertanding di kerusi DUN Sungai Rambai, beliau berkata faktor kekalahan itu lebih kepada penolakan parti.

“Saya tak rasa pengalaman itu punca dia tewas kerana ada juga calon Barisan Nasional (BN) Dr Muhamad Akmal Salleh (DUN Merlimau) yang menang. Itu tak jadi isu kerana dia ada personaliti tersendiri.

“Namun pada pendapat saya ramai pengundi menolak PH. Lagipun kawasan DUN Sungai Rambai agak besar dan jumlah penyokong BN di situ agak ramai. Jadi agak sukar dia menang di situ,” katanya.

Berdasarkan keputusan rasmi, Idris sekadar meraih 2,666 undi, tewas kepada calon BN, Fairul Nizam Roslan yang memperoleh 5,659 undi.

Sementara itu, Nor Azman gagal mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini apabila sekadar meraih 2,799 undi.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN, Tuminah Kadi yang memperolehi 3,930 undi. – Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

PRU-15: Momentum PRN Melaka Untuk BN Tawan Kerusi Parlimen

2

Semasa 4 tahun yang lalu

2021, Warna-Warni Drama Malaysia

3

Politik 4 tahun yang lalu

DAP Sepatutnya Pentingkan Semangat Setia Kawan - AMK

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Polis Keluarkan 9 Kompaun Bernilai RM120,000 Sepanjang Kempen PRN Melaka

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

2 Kertas Siasatan Libatkan Azam Baki Diserah Kepada AGC

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan