web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sukar Kenal Pasti Calon Baharu, PN Sukar Catat Kemenangan

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2021 6:46PM

Seorang wanita membuang undi semperna PRN Melaka di SK Durian Daun (K) Masjid Tanah. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masalah untuk mengenal pasti pengundi baharu antara punca yang menyukarkan persaingan Perikatan Nasional (PN) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Penganalisis Politik, Profesor Dr Kartini Aboo Talib berkata, setakat ini hanya seorang calon PN dilihat mempunyai peluang untuk menang, iaitu Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Menurut beliau, penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara mahu melihat kepimpinan berbeza, namun agak sukar untuk calon lain meraih kemenangan di kerusi tersebut.

“PN mungkin boleh menang untuk satu kerusi DUN sahaja iaitu melalui calon Mas Ermieyati kerana penduduk di sana mahu melihat kepimpinan yang berbeza. Namun untuk calon PN yang lain, ia agak sukar kerana penduduk kemungkinan enggan mengambil risiko mengundi calon tidak dikenali,” katanya kepada Getaran.

Kartini yang juga Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, walaupun ada calon yang mula berkempen menggunakan pelbagai platform seperti di media sosial, agar sukar untuk mereka meraih perhatian pengundi.

“Jika kita lihat sekarang, pengundi juga berdepan cabaran untuk mengundi calon baharu,” katanya.

Jelasnya lagi, PN kini dalam keadaan tidak stabil dan tertekan, sekali gus secara tidak langsung memberikan peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk menampilkan semua calon mereka.

“Di sini saya lihat PN agak tertekan, manakala calon BN pula majoritinya sudah dikenali di Melaka.

“Malah, kebanyakan pengundi di Melaka melebihi 70 peratus Melayu dan mereka lebih dekat dengan calon BN. Itu kelebihan yang ada pada mereka,” katanya.

Mengulas lanjut Kartini berkata, BN lebih menyerlah daripada parti lain dan blok itu berkemungkinan boleh menghasilkan kemenangan besar, sekali gus membentuk kerajaan negeri.

Dr Kartini Aboo Talib
Dr Kartini Aboo Talib

“Sehingga tengah hari tadi, kita melihat peratusan yang keluar mengundi melebihi 43 peratus sahaja. Jadi saya berpendapat, sekiranya peratusan keluar mengundi masih kurang, maka kemungkinan Pakatan Harapan (PH) akan berdepan cabaran sukar untuk menang dan mudah di PRN Melaka.

“Jika kita lihat dalam keadaan sekarang juga, pengundi  berdepan kesukaran untuk keluar menjalankan tanggungjawab dan agak kurang bermotivasi untuk turun mengundi,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu, PH dijangka mampu menguasai empat kerusi iaitu DUN Ayer Keroh, DUN Kota Laksamana, DUN Bandar Hilir dan DUN Kesidang menerusi DAP.

“Kalau kita lihat pada Pilihan Raya Umum 14 (PRU14)  sebelum ini, DUN Kota Laksamana meraih majoriti besar apabila mengumpul lebih 16,000 undi, manakala DUN Kesidang pula menghasilkan lebih 14,000 undi.

“Ini adalah kerusi yang diyakini boleh dimenangi oleh PH menerusi DAP, katanya.

Terdahulu, pusat penyelidikan bebas, Ilham Centre meramalkan BN sebagai pemenang PRN Melaka menerusi pengumuman rasmi malam ini.

Ramalan itu dibuat berdasarkan faktor peratusan keluar mengundi, pilihan pengundi Melayu, calon Ketua Menteri, isu tempatan, perubahan undi dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. – Getaran, 20 November 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

2

Politik 2 hari yang lalu

Saifuddin, Dr Zaliha Dilantik Naib Presiden PKR

3

Politik 3 hari yang lalu

PRN Johor: Mesyuarat SPR 12 Jun, Tentukan Tarikh Penting Pilihan Raya 

4

Politik 3 hari yang lalu

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

Politik 1 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad